Program Run For Charity 2017
Bengkel Photoshop "Lets Learn To Be Creative"
Bengkel Penghasilan Kertas Kerja dan Modul
Program Train Of Trainer (TOT)
Program Kepimpinan dan Sahsiah Diri di Kem Bina Diri Telok Air Tawar, Pulau Pinang
CARA BELAJAR DENGAN BETUL
Apabila belajar, kita perlu mengetahui cara belajar yang betul bagi mengelakkan apa yang kita belajar menjadi sia-sia. Disini terdapat beberapa cara-cara belajar yang betul yang boleh diamalkan untuk memastikan apa yang kita belajar berguna dan kita dapat mengingatinya dalam jangka waktu yang lama
1. Tidak mempersia-siakan waktu walaupon sesaat
Penuhi waktu yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Elakkan daripada melakukan perkara yang membuang masa contohnya melepak. Waktu yang terluang boleh digunakan dengan membaca buku-buku yang berilmiah. Oleh itu kita dapat menggunakan masa yang terluang dgan aktiviti yang berfaedah dan sekali gus dapat menanbah ilmu pengetahuan kita yang sedia ada.
2. Sentiasa bertanya soalan apabila tidak tahu
Amalkan sikap bertanya kepada guru dan kawan-kawan jika kita tidak memahami tentang sesuatu tajuk. Jangan menangguh-nangguh kerana kita akan ketinggalan dengan kawan-kawan yang lain. Jika malu bertanya di dalam kelas, kamu boleh bertanya kepada kawan-kawan yang faham tentang tajuk tersebut ataupon boleh bertanya dengan cikgu di dalam bilik guru.
3. Berhati-hati dalam memilih kawan
Pemilih kawan yang betul adalah sangat diperlukan. Kamu perlu memilih kawan dengan berhati-hati. Jika kamu salah memilih kawan, kamu akan menderita. Ini kerana kawan akan menghabiskan banyak waktu bersama kamu. Jadi eloklah kamu memilih kawan yanv suka belajar, jadi kamu akan turut belajar bersama dengan mereka
Sukarelawan dan Fasilitator
Semangat Sukarelawan
Assalamualaikum dan Salam Bitara !
Bagaimana permulaan semester kita pada minggu ini? Sedar tak sedar sudah dua minggu semester baru berlalu. Pasti semua sudah serabut dengan bebanan tugasan assignment yang pensyarah sudah tetapkan bukan? Hahaha.. tidak mengapa kawan-kawan. Kita ambil semua perkara tersebut sebagai satu perkara yang positif. Jangan menganggap semua perkara tersebut adalah satu bebanan dalam diri kita. Buat sesuatu perkara itu dengan ikhlas. Barulah semua perkara tersebut dalam dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Betul tak? Hehe..
Tak apalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insyaallah, segala kesusahan yang kita alami sekarang pada zaman belajar Allah akan balas dengan kejayaan =)
Baiklah. Admin nak kongsi sedikit dengan pembaca setia blog KeFB tentang semangat kesukarelawan. Sambil-sambil buat assignment tu, apa kata luangkan sedikit masa anda untuk membaca coretan ringkas kami.
Sukarelawan sangat sinonim dengan tugasan seorang fasilitator iaitu sebagai pemudah cara bagi sesuatu perkara. Di Malaysia, terdapat pelbagai pertubuhan sukarelawan yang diasaskan seperti MERCY, KDN, RELA dan sebagainya. Sukarelawan adalah penting untuk membantu orang yang berada di dalam kesusahan tidak kiralah menbantu mangsa banjir, membantu orang kurang upaya dan orang miskin sekalipun, ia tetap dikira sebagai seorang sukarelawan. Menolong seseorang dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan mungkin bagi seseorang itu tidak berbaloi, namun ganjarannya akan Allah balas di sana kelak.
“ Dan tidaklah kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (al-anbiya 21:107)
Sebenarnya, banyak faedah yang kita akan peroleh jika kita menyertai kegiatan sukarelawan. Antaranya ialah seseorang itu akan dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan ini tidak akan kita peroleh di dalam bilik darjah. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan adalah kemahiran insaniah iaitu lebih dikenali sebagai “softskills” yang hanya akan diperoleh melalui pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti kemanusiaan. Antara contoh kemahiran insaniah yang kita akan peroleh adalah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kemahiran kerja berpasukan, pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika professional dan semangat kepimpinan.
Selain itu, sesorang yang menyertai aktiviti sukarelawan akan dapat mengasah bakat dan kepimpinan dalam dirinya. Kita tidak boleh hanya menjadi “FOLLOWER” kepada “LEADER” sahaja. Malah kita perlu jadi kedua-duanya. Semangat jati diri perlu ada dalam diri kita lebih-lebih lagi bagi seseorang penuntut di universiti.
Ilmu itu seluas lautan yang kita perlu terokai sendiri dan bukan hanya menadah tangan sahaja. Jadi, kita sendiri perlulah berusaha untuk melengkapkan diri kita dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kita dan seterusnya kepada orang lain.Terapkan dalam diri kita, buat sesuatu perkara perlulah berterusan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Jangan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja dan bersikap hangat-hangat tahi ayam. Bersama-samalah kita memperbaiki diri kita kea rah yang lebih baik yang mampu memberikan kesejahteraan kepada orang lain.
“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”
Di Mana Masa Kita
Hal ini dapat dijelaskan dengan lebih jitu berdasarkan kata-kata yang diujarkan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna yang jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”. Pengurusan masa yang baik dapat memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan kita dalam menjalankan kehidupan yang produktif. Pendekatan yang pelbagai dapat diteruskan untuk menjalankan pengurusan masa yang baik. Antaranya ialah dengan melakukan setiap tugasan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh serta membuat jadual harian. Kepentingan menjalankan atau menguruskan masa ini pernah diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya iaitu :