Assalamualaikum dan salam bitara.
Semester baru sudah bermula! Minggu pertama dan kedua pasti
mengundang kesibukan untuk yang berusaha menyusun jadual dengan strategik kan.
Moga berjaya menyusun jadual bagi mendapatkan masa yang berkualiti. Sempena
semester ini eloklah kalau kita mulakan azam yang baru untuk menjadikan hidup
kita lebih baik daripada semester yang lepas.
Sebelum kita masuk kepada pengisian kita minggu ini saya
ingin mengimbas kembali program yang kami telah laksanakan pada pertengahan
Januari yang lepas. Ketika kita semua sedang bercuti 20 orang mahasiswa/i UPSI diiringi
Cik Najidah Yahaya telah melangkau ke Aceh Indonesia untuk melakukan khidmat
Sukarelawan. Di sana, Skuad sukarelawan UPSI disertai 8 orang mahasiswa
Universiti Syiah Kuala. Terbahagi kepada empat kluster iaitu pendidikan,
kesihatan, komuniti dan kebudayaan. Skuad sukarelawan telah melaksanakan 20 projek di Kampung Desa Muka Blang. Diharap program Sukarelawan ini dapat
menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus melakukan kebaikan.
Baiklah, dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang
kepentingan pengurusan masa. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui
tentang kepentingan pengurusan masa ini. Namun masih ada segelintir insan yang
hanya memandang ringan terhadap aspek ini. Seperti mana yang diketahui, masa
merupakan antara aspek yang amat penting di dalam kehidupan.
Hal ini dapat dijelaskan dengan lebih jitu berdasarkan kata-kata yang diujarkan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna yang jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”. Pengurusan masa yang baik dapat memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan kita dalam menjalankan kehidupan yang produktif. Pendekatan yang pelbagai dapat diteruskan untuk menjalankan pengurusan masa yang baik. Antaranya ialah dengan melakukan setiap tugasan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh serta membuat jadual harian. Kepentingan menjalankan atau menguruskan masa ini pernah diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya iaitu :

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya
Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu
dengan tekun.” (Hadis
riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w menekankan supaya apabila kita ingin
melakukan sesuatu, maka hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh.
Perkara ini seharusnya kita ambil sebagai suatu pendekatan
yang terbaik sebagai langkah atau lonjakan untuk menjadi seorang insan yang
unggul dari pelbagai aspek terutamanya dari segi pengurusan masa.
Baiklah, sekian sahaja untuk entry kali ini.
Assalamualaikum.
#bergerakseiringmenyahutcabaran
#familyungu
#bepostive
No comments:
Post a Comment