Bengkel Photoshop "Lets Learn To Be Creative"

Assalamualaikum dan salam bitara.






Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dikurniakan nikmat hidup di dunia ini dengan ditemani oleh Iman dan Taqwa kepadaNya. Sesungguhnya nikmat ini amat bernilai untuk hamba-hambaNya yang bersyukur.

        Alhamdulillah, pada 23 April 2017, Kelab Fasilitator Bitara telah menganjurkan sebuah Bengkel Photoshop yang bertempat di Blok 3, Aras 1, Bilik Kuliah 10, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Bengkel ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta mengenai kaedah penyuntingan poster dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Bengkel ini telah dikelolai oleh Nur Kamila binti Ayu Ali selaku pengarah program dan AJK Pelaksana program. Peserta telah mula datang seawal jam 8.00 pagi di tempat yang ditetapkan. Semua AJK Pelaksana program telah bekerjasama bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan teratur. Penceramah jemputan telah dijemput untuk menyampaikan pengisian tentang kaedah dan teknik bagi menggunakan perisian Adobe Photoshop.

     Sebelum ceramah bermula, para peserta yang hadir telah diberikan perisian berkenaan untuk dipasang (install) di dalam komputer masing-masing. Hal ini bertujuan untuk memastikan semua peserta dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari menerusi latihan yang dijalankan semasa penyampaian dijalankan oleh penceramah. Penceramah yang dijemput ialah seorang pelajar semester 8 daripada program ISMP Pendidikan Seni yang juga merupakan mantan EXCO Publisiti, Dokumentasi dan Informasi (PDI) Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB). Individu yang dimaksudkan ialah Saudara Muhamad Taufiq bin Muhd Yusri. Bengkel telah dijalankan dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Slot yang dijalankan merangkumi pengajaran dan praktikal yang melibatkan semua peserta.
       
        Sepanjang sesi pengajaran disampaikan oleh penceramah, para peserta perlu mengaplikasikan setiap perkara yang diajar, langkah demi langkah bagi memastikan setiap daripada mereka memahami setiap inci pengajaran tersebut. Setelah itu, peserta diminta untuk menghasilkan satu poster yang bertemakan pengiklanan kafe dengan menggunakan segala teknik yang telah diajar sepanjang bengkel tersebut. Sejurus selepas itu, beberapa yang telah dihasilkan oleh peserta dipilih secara rawak untuk dipaparkan di ‘LCD screen’ dan ditunjukkan kepada semua. Penceramah menerangkan satu persatu perkara yang perlu ada di dalam sesebuah poster dengan merujuk kepada poster yang dihasilkan oleh peserta yang bertuah. Setiap perkara diteliti dengan sebaik mungkin bagi memastikan ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan sebaik mungkin dalam diri setiap peserta.

          Bengkel berakhir pada jam 1.30 petang. Program ditamatkan dengan Majlis Perasmian Penutup dan sesi fotografi. Diharapkan segala ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dan dimanfaatkan bersama. Semoga penganjuran program ini dan program yang akan datang dapat memberi impak yang berguna kepada setiap peserta yang hadir.


#SemogaBermanfaat


                                                                   Koleksi Gambar






Sesi Pembelajaran



Sesi Pembelajaran



Sesi Pembelajaran



                                                          Sesi Penyampaian Cenderahati


                                                                      Sesi Fotografi

No comments:

Post a Comment