Program Run For Charity 2017

Assalamualaikum dan salam bitara.



Mulakan hari ini dengan senyuman, merenung ciptaan Pencipta Sekalian Alam. Indahnya hari ini tidak dapat disangkal lagi. Segala onak duri, keluh kesah yang tersemat di hati seakan lupus sebentar dari benak fikiran ketika melihat dan menghayati keagungan serta keindahan alam semesta yang dibentangkan buat sekalian manusia yang dikasihi.

           Pada 29 April 2017, sebuah program yang dikenali sebagai ‘Run For Charity’ telah dijalankan. Program ini merupakan program anjuran Jalinan Anak Sarawak (JASA). Kelab Fasilitator Bitara telah melakukan kerjasama untuk menjayakan program ini bersama-sama dengan Kelab Sahabat Perpustakaan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang peka dan cakna terhadap kesusahan individu atau kumpulan masyarakat yang tidak bernasib baik. Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi di Padang Kawad, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Sebelum memulakan slot 1, semua peserta melakukan aktiviti pemanasan badan iaitu ‘Zumba’ yang diketuai salah seorang daripada AJK Pelaksana Program JASA. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan sesi pembahagian kumpulan. Selepas itu, slot pertama dimulakan iaitu larian dari Padang Kawad, mengelilingi padang KSAS dan kembali semula ke Padang Kawad. Slot ini mengambil masa selama kira-kira satu jam.

Setelah itu, semua peserta diminta untuk berkumpul semula di Padang Kawad untuk memulakan slot kedua iaitu slot Community Deployment. Slot ini dijalankan untuk mendapatkan dana bagi program Misi Sukarelawan Ke Kemboja ‘Kemboja-Malaysia, Malaysia-Kemboja’. Penerangan bagi slot ini telah dijalankan oleh Saudara Khalifah yang merupakan salah seorang wakil kepada skuad sukarelawan ke Kemboja. Setiap kumpulan ditugaskan di beberapa kawasan iaitu sekitar kampus baru, sekitar Pintu Timur dan Taman Universiti, Taman Bahtera dan Pekan Tanjung Malim. Program ini telah berjalan dengan jayanya, hasil kerjasama daripada semua peserta dan AJK Pelaksana program. Slot berikut tamat pada jam 1.30 petang dan semua peserta diminta untuk berkumpul tepat jam 1.30 petang di Bitarasiswa. Para peserta diberikan makanan tengah hari sebelum majlis perasmian penutup dijalankan.


Majlis perasmian penutup dijalankan pada jam 2.30 petang. Sebelum majlis penutup dijalankan,para peserta diminta untuk memberikan refleksi berkaitan program yang telah dijalankan. Semua peserta memberikan respons dan refleksi yang positif berkaitan program ini. Setelah itu, majlis penutup dimulakan dan dipengerusikan oleh saudara Khalifah. Ucapan daripada wakil JASA, wakil PEMADAM dan wakil KeFB memeriahkan lagi majlis penutup Program Run for Charity. Seterusnya, wakil daripada Skuad Sukarelawan ke Kemboja iaitu saudari Ellysa menyampaikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai Misi Sukarelawan yang akan dijalankan pada bulan tujuh akan datang. Majlis berakhir dengan pemberian cenderahati dan sesi fotografi. Diharapkan program ini mampu memberi motivasi yang membina dalam diri setiap peserta untuk membantu golongan yang memerluka sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada JASA kerana memberi peluang kepada KeFB untuk menjalankan kerjasama ini. Tidak lupa juga kepada PEMADAM dan Kelab Sahabat Perpustakaan di atas kerjasama yang dijana ini. Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua pihak.

                                           #BergerakSeiringMenyahutCabaran

                                                           Koleksi Gambar


                                             Sesi Pemanasan Badan (Zumba)


                                  Slot 1: Larian di Kampus Baru (Larian Amal)















                                                         Slot 2: Community Deployment


                                              Sesi Penyampaian Cenderahati


No comments:

Post a Comment