Assalamualaikum dan
salam sejahtera kepada semua pembaca. Dalam tidak sedar kita sudah semakin
menghampiri pertengahan semester. Semakin sibuk semakin terbeban. Ambil rehat
dulu untuk baca entry kami untuk minggu ini! =)
Pada 10 Mac 2017
(Jumaat), Kelab Fasilitator Bitara telah berjaya menjalankan Train of Trainer
(TOT) berkala yang diadakan di bangunan E-Learning Aras 3 pada pukul 8.30
malam. TOT bertujuan untuk melatih
ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara untuk menjadi seorang fasilitator yang
berkepimpinan dalam mencipta modul. Alhamdulillah dengan izin Allah TOT pada
malam penghulu segala hari itu berjalan dengan jayanya.
Untuk pengetahuan
semua ini adalah kali kedua TOT ini dilaksanakan untuk semester ini. Banyak
yang dapat dipelajari dalam aktiviti itu, terutamanya cara untuk mencipta modul
yang baru dan menginovasikan modul yang sedia ada. Pengendalian modul dipilih
secara rawak agar semua ahli bersedia dengan modul yang dicipta.
Tot kali ini lebih
menumpukan kepada modul kepimpinan dan energizer. Antara modul yang telah
berjaya dilaksanakan pada malam itu ialah Kertas
Impian oleh Nickson
Anak Joseph, Menuju Impian yang
diketuai oleh Fakharuddin Aiman Bin Jamal dan beberapa energizer.
Energizer yang
diketuai oleh Mohamad
Shukran Bin Abdul Halim.
Ilmu yang diperolehi
tidak dapat diungkapkan betapa bermaknanya untuk kami kerana dengan adanya ilmu
kita akan menjadi seorang yang berusaha menuju ke syurga Allah.
“Barang siapa yang keluar untuk
mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga dia pulang”
(HR. Turmudzi)
No comments:
Post a Comment