Program Kepimpinan dan Sahsiah Diri di Kem Bina Diri Telok Air Tawar, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam bitara.
Pada 16 Mac hingga 18 Mac 2017 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah mengadakan program kepimpinan bersama pelajar Rohingya Education Centre (REC). Program berkenaan telah diadakan di Pusat Bina Diri Telok Air Tawar, Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek kepimpinan yang perlu diketahui untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua yang berkualiti. Dalam program ini enam orang fasilitator telah bekerjasama untuk menjayakan program ini. Terdapat beberapa modul telah dikendalikan seperti modul kepimpinan dan 'teamwork'. Melalui program ini, peserta dapat menimba ilmu dan memupuk keyakinan dalam diri serta menambah pengalaman dalam aspek kepimpinan. Sepanjang program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam, peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk mengubah paradigma diri dalam melatih diri menjadi insan yang cemerlang dari pelbagai segi. Kerjasama yang diberikan oleh penganjur program iaitu pihak REC sendiri telah berjaya memastikan program berimpak besar ini berjalan dengan lancar. Meskipun terdapat kekangan daripada pelbagai aspek, namun di atas kerjasama yang diberikan, program ini telah berjaya dijalankan. Diharapkan program ini mampu memberi input yang berguna kepada pelajar dan juga fasilitator untuk menjadi insan yang berkredibiliti tinggi dan berkebolehan dalam apa jua perkara.


Beberapa gambar semasa program dijalankan.


Sesi Pendaftaran
Selamat Datang (^_^)



Senaman Aerobik



Peserta sedang membina logo kumpulan



Slot Taman Negara



Adik-adik REC (^_^)



Gambar Kenangan bersama adik-adik REC, guru-guru dan fasilitator
(^_^)


Semoga program ini dapat memberi input yang terbaik dan berguna kepada adik-adik REC yang sangat disayangi. Semoga berjumpa lagi di lain masa! Inshaallah pengalaman yang manis ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
#Rohingya Education Centre
#Kelab Fasilitator Bitara
#Bergerak Seiring Menyahut Cabaran

No comments:

Post a Comment