Pada
20 April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah mengadakan sebuah program yang santai, namun masih tidak
mengetepikan aspek tanggunjgjawab sosial kepada alam sekitar. Program ini
diadakan di Tasik Embayu, Proton City. Perjalanan dimulakan dengan sesi
senaman, ice breaking dan minum pagi di perkarangan Masjid Al- Mursyidin. Para
fasilitator nampak begitu berkobar-kobar untuk memulakan kembara walaupun hari
agak panas dan perjalanan memakan masa hampir satu jam. Mereka secara sukarela,
mengutip sampah yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Tasik Embayu. Mereka
juga diberi tugasan sampingan iaitu mengira jumlah pokok di tepi jalan.
Setibanya
di Tasik Embayu, kami memulakan beberapa modul yang santai, tetapi mempunyai pelbagai
pengisian yang memberikan suntikan dan pengajaran di samping mengukuhkan
ukhuwah ahli KeFB. Pengisian tersebut selaras dengan objektif program yang
ingin menimbulkan rasa cinta dan cakna terhadap alam serta mengukuhkan
silaturahim ahli keFB. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘Lukisan
Alam’, ‘Selamatkan Saya’ dan ‘Jambatan Cinta’.
Usai
menyelesaikan pelbagai aktiviti, semua peserta berkumpul dalam bulatan dan
membuat refleksi keseluruhan mengenai perjalanan program. Mereka memberikan
pelbagai respon yang positif dan pengajaran yang mereka perolehi. Program
disudahkan dengan aktiviti BBQ yang telah disediakan. Usai sesi fotografi,
semua peserta diarah bersiap untuk solat dan rehat sementara menunggu kenderaan
untuk pulang. Program dapat disudahkan dengan jayanya hasil kerjasama semua AJK
pelaksana dan peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama, walaupun
hujan turun dengan lebatnya pada
petang tersebut.
Teruskan
keprihatinan kita terhadap alam sekitar. Teruskan merefleksi diri agar
memberikan manfaat kepada orang lain juga alam sekitar. Terima kasih atas
komitmen semua. Moga berjumpa lagi !
No comments:
Post a Comment