Bengkel Pengurusan Organisasi & Protokol III


Pada 4 Mei 2014, Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Pengurusan dan Organisasi III. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel yang pernah di anjurkan sebelum ini. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua mahasiswa yang juga merupakan bakal guru mengenai pengurusan organisasi yang merangkumi pengurusan mesyuarat, pengurusan organisasi dan juga ilmu berkaitan bidang protokol.

Slot pertama dan kedua iaitu pengurusan mesyuarat dan organisasi  dikendalikan sendiri oleh penasihat Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu Cik Najidah bt Yahaya. Dalam slot ini banyak ilmu yang telah disampaikan oleh beliau antaranya ialah peranan dan tanggungjawab ajk, agenda mesyuarat serta senarai semak tatacara dan pengendalian. Slot seterusnya pula dikendalikan oleh mantan presiden Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu saudara Mohd Raziman bin Abdul Rahman. Manakala dalam slot ini pula, perkara yang turut dikongsikan oleh mantan presiden ialah tentang protokol majlis iaitu cara menyambut tetamu vip, susun atur sesuatu majlis, jemputan dan sebagainya. Bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan banyak input yang berjaya diperoleh oleh semua peserta. Diharapkan segala input yang diperoleh akan dimanfaatkan dalam apa jua keadaan.







No comments:

Post a Comment