Born To Be A Facilitator



Assalamualaikum.. Hye..
Bertemu kembali kita di ruangan Blog Kelab Fasilitator Bitara.. Apa Khabar semua hari ini? Sihat ke?.. Kami dari KeFB harap semua sihat la ya.. Hari ini, sy ingin berbicara lebih santai dengan anda semua. Seperti yang kita tahu sepancang semester ini, Kelab Fasilitator sudah merencanakan pelbagai aktiviti menarik buat warga KeFB bahkan seluruh warga UPSI.. Jadi, kali ini KeFB sekali lagi tampil dengan program baharu yang memupuk kemahiran fasilitator..

Selaras dengan memegang status sebagai kelab Fasilitator, KeFB muncul dengan program baharu iaitu Born To Be A Facilitator.. Program ini dijalankan pada 30 Mac 2014 bersamaan hari ahad di Dewan Sri Tanjung, Bangunan IPSI, Kolej Sultan Abdul Jalil Shah. Peserta diminta hadir pada pukul 8.00 pagi dan program tamat pada pukul 5.00 petang.

            Ramai yang hadir pada hari kejadian, bukan sahaja daripada pelajar UPSI bahkan program ini juga juga mempunyai gabungan dengan pelajar UIA, Gombak. Kehadiran mereka ini bukan sahaja memeriahkan lagi program juga memberi ilmu tambahan buat warga KeFB malahan warga UPSI. Sebelum kita pergi jauh, molek kiranya saya bercerita apa yang berlaku pada hari program berlangsung.

            Tepat pukul 8.00 pagi sudah ada peserta yang hadir mendaftar diri. Pada hari kejadian, terdapat 3 slot yang disampaikan dalam program Born To Be A Facilitator ini. Slot 1 ialah Kemahiran Facilitator dan Komunikasi yang disampaikan oleh orang hebat iaitu Mohd Faizal Bin Amir yang lebih glamor dikenali sebagai Kacak UPSI. Seterusnya,  diteruskan dengan slot kedua iaitu slot pengucapan awam yang disampaikan orang yang sangat pakar dalam kemahiran komunikasi di UPSI iaitu Khudree Adha Bin Che Ahmad yang juga ada nama terkenalnya, Pak Cik Khudree.. Tamat sahaja Slot kedua, pelajar Universiti Islam Antarabangsa mengambil tempat untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar UPSI mengenai ilmu Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

            Kedatangan-kedatangan orang hebat ini memberi ilmu yang sangat berguna kepada pelajar mengenai asas Fasilitator. Umum tahu, bahawa UPSI melahirkan pendidik-pendidik di tanah air. Perkongsian ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran sebagai fasilitator, mereka juga dapat mempelajari teknik mengajar di sekolah kelak terutamanya ketika berpraktikum. Program ini memberi pendedahan yang sangat menarik.

            Seperti yang saya kata pada awal-awal tadi, kita juga terima kunjungan daripada UIA. Kehadiran mereka ini memberikan aura yang sangat menarik dalam program ini. Idea-idea dan juga pandangan mereka memberikan kefahaman baharu. Pelajar-pelajar UPSI juga tidak kurang hebatnya, aura mereka menunjukkan bahawa bakal guru ini berkualiti bukan sahaja melalui akademik bahkan kemahiran insaniah.


            Sampai di sini dahulu coretan saya.. Jangan lupa ya, baca kisah-kisah baharu dalam blog KeFB ini. Nantikan program-program terbaharu dan kisah-kisah menarik keluarga KeFB. Yang paling penting, jangan lupa like blog KeFB ok. Haha. Bye.










No comments:

Post a Comment