Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Apa
khabar ahli keFb yang di kasihi sekalian,
Admin
harap kalian berada dalam keadaan sihat selalu.
Baiklah
untuk kali ini admin akan menulis mengenai program yang seterusnya iaitu
program “ Akademik Cemerlang, Kerohanian Terbilang”. Buat pengetahuan
semua program ini diadakan pada 22 Mei 2014, bersamaan hari Khamis malam Jumaat
bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa..
Hehehehe
admin yakin semua ahli tahu tempat Bitarasiswa kan???
Kalau
tidak tahu..ok sila mohon surat berhenti belajar k..
Takkan
bitarasiswa tak tahu kot kan…(gurau aja)
Baiklah
admin akan cerita kan serba sedikit mengenai program ni..
Opss
sebelum itu, admin nak tanya siapa yang sertai program ini??
Kalau
yang sertai program ini.. admin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana
anda bukan sahaja mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik, malah turut
sama cemerlang dalam bidang kerohanian.
Buat
pengetahuan semua, program ini diadakan oleh Exco Latihan Pembangunan Sahsiah
Kelab Fasilitator Bitara, UPSI. Tujuan program ini diadakan untuk memupuk
kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai
kepentingan pengisian rohani terutamanya ketika menjelang peperiksaan
kepada semua mahasiswa khususnya dalam kalangan ahli kelab. Selain itu, untuk pengetahuan
semua, program ini juga di adakan dengan harapan dapat memberi kekuatan dan
kesejahteraan kepada ahli kelab ketika menghadapi sebarang bentuk cabaran.
Secara tidak langsung melalui program ini dapat membentuk keperibadian unggul
seorang mahasiswa yang berkeyakinan serta bermotivasi pada masa sekarang dan
masa akan datang.
Admin
akan cerita serba sedikit perjalanan program yang di adakan buat kali ni. Untuk
pengetahuan semua, program ini diadakan bermula pada jam 7 malam. Semua ahli
kelab berkumpul untuk solat maghrib berjemaah dan bacaan solat Yasin yang di
imamkan oleh ahli kelab sendiri iaitu saudara Muhammad Iqbal bin Jaafar.
Kira-kira dalam pukul 8.00 malam diadakan tazkirah maghrib pula yang menyentuh
mengenai akademik mahasiswa. Kemudian,
dalam pukul 8.30 sekali lagi saudara Muhammad Iqbal menjadi imam solat
Isyak dan solat hajat..
Selepas
solat Hajat, slot seterusnya di isi dengan perkara yang menggembirakan semua
ahli..hehehehe nak tahu apa?
Semestinya
jamuan makan. Selepas semua ahli selesai
makan, Slot seterunya di isi dengan Forum yang di kelolakan oleh ahli kelab
sendiri yang bertindak sebagai moderator dan panel. Forum ini bertemakan
akademik cemerlang, Kerohanian terbilang. Hehehe admin percaya mesti kalian nak
tahu siapa moderator dan panel forum kan? betul tak?
Baiklah,
moderator bagi program ini adalah sekali lagi, saudara Muhammad Iqbal bin
Jaafar diapit oleh dua orang panel yang kacak dan comel iaitu saudara Muhammad
Hafiz bin Jalil dan saudari Siti Faeza Maznum Binti Musa. Wah!! admin tak
sangka sungguh berbakat semua ahli kelab kita..admin yakin fasilitator seperti
mereka inilah yang kita cari…
Tidak
lengkap program KeFb jika tidak disertakan dengan amanat bonda yang tercinta
iaitu selaku Penasihat Kelab Fasilitator Bitara, UPSI iaitu Cik Najidah binti
Yahaya. Bonda menyampai amanat dengan menasihati semua ahli Kelab supaya
mengimbangi bidang akademik dan juga menitik beratkan hal ehwal
kerohanian supaya dapat menjadi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang di dunia,
malah turut cemerlang di akhirat..
Penutup
program ini para peserta yang terdiri daripada ahli kelab mengambil gambar
kenangan bersama-sama..
Di
harap melalui program yang diadakan ini dapat membantu semua ahli kelab untuk
bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan datang….
Salam
kasih sayang daripada admin untuk semua. di harap kalian terus bersama Kelab
Fasilitator Bitara. Jangan lupa,
“
Bergerak Seiring, Menyahut Cabaran”.