VISCOM (Visual Communication)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Pada 24 dan 25 Oktober 2015, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah mengadakan satu program berbentuk bengkel iaitu VISCOM, yang bertempat di E-Learning 11 aras 3. Program ini melibatkan semua MT dan EXCO  Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Bengkel ini dikendalikan sendiri  oleh EXCO induk PDI KeFB.

    Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada MT dan EXCO tentang teknik Fotografi dan Photoshop, merapatkan lagi hubungan antara MT dan EXCO itu sendiri dan memantapkan lagi kemahiran penggunaan ICT yang ada dalam diri MT dan EXCO. Bagaimana pun, bengkel ini memfokuskan dua aspek utama iaitu kemahiran Fotografi secara teori dan praktikal dan juga kemahiran dalam penghasilan poster secara teori dan praktikel menggunakan Photoshop

   Untuk pengetahuan semua, pada hari pertama peserta diajar secara ditil tentang penggunaan kamera dan skill serta cara mengambil gambar yang betul bersesuaian dengan situasi. Slot ini juga diselitkan dengan sesi kritikan terhadap gambar yang diambil oleh peserta. Sesi ini juga melibatkan aktitvi luar di kawasan pasar malam.  Manakala hari kedua pula, peserta didedahkan tentang penggunaan Photoshop bagi menghasilkan poster. Pendedahan yang teratur dan berskill memudahkan lagi peserta memahami dan menguasai Photoshop.

    Tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini dan diharap peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dari program ini dalam kehidupan dan bukan terhenti setakat dewan program sahaja malah dapat memberi komitmen kepada program yang akan menyusul.




Peserta menjamu selera hasil potluck masing-masing sebelum program



Exco induk KeFB selaku penceramah
                                                         sedang memberi penerangan



Antara gambar yang diambil oleh peserta



Presiden Kelab bersama Mantan





 
Peserta bergambar bersama-sama di akhir program

No comments:

Post a Comment