Hai. Assalamualaikum & Salam Bitara.
Haaa kita kembali lagi dengan aktiviti keFb yang seterusnya.
Tapi sebelum tu terima kasih diucapakan kepada barisan Mt Exco dan ahli-ahli kelab yang telah bekerjasama dan memberikan komitmen sepenuhnya hingga kita berjaya memeriahkan program ni. *tepuk tangan
Ok, pada 11 Oktober 2015 (Ahad) satu lagi program wajib Kelab Fasilitator Bitara telah kita adakan. Apa ya?
Baiklah, program “Sekawah V” ( Semurni Kasih Seteguh Ukhwah ) yang bertemakan "Game of World" telah kita adakan bagi mengeratkan lagi ukhwah antara ahli-ahli kelab. Yang lebih menarik lagi, kesemua permainan yang di jalankan sangat unik di mana kesemua permainannya adalah permainan moden yang diubahsuai daripada permainan dari negara luar.
Antara permainannya
ialah :
1. Marble Fishing
2. Donut Game
3. Twin Dodgeball
4. Relay Race
Program Semurni Kasih Seteguh Ukhwah ini adalah merupakan kesinambungan ataupun program wajib yang diadakan setiap sidang tau. Kandungannya memang menarik dan bermanfaat dan apa yang penting, ia lebih mengeratkan lagi ukhwah dan semangat kerjasama sesama keluarga kita. Nak tau apa aktiviti yang ada? Ok jommmmm
.
Sesi pendaftaran peserta yang diadakan seawal jam 8 pagi
Peserta gigih mengikut senam robik yang dimulakan..
Wah..setiap kumpulan bersemangat menunjukkan “trademark” masing-masing.
Kemeriahan aktiviti “Twin Dodgeball” dengan peserta berpasangan mengenakan kain pelikat dan kain batik
Peserta bertungkus-lumus memecahkan belon dalam aktitvi “Relay Race”
Ops..terkena! salah satu “chekpoint” dalam aktivit “relay race”
Perasmian penutupan dan pernyampaian hadiah kepada peserta kumpulan daripada penasihat kita Cik Najidah Yahaya
Selesai program. Bergambar kenangan dengan semua peserta.
Sekian sahaja program untuk kali ini. Moga ukhwah ini terus terjalin selamanya.
Salam sayang,
“Bergerak seiring menyahut cabaran”
No comments:
Post a Comment