Program Swa Diri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 29 September 2015, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah mengadakan Program Swa Diri bertempat di Aras 5, Bangunan E-Learning. Seramai 85 orang ahli kelab telah menyertai program ini. Program ini telah dikendalikan sendiri oleh penasihat (KeFB), iaitu Cik Najidah binti Yahaya.

           Program ini adalah program pertama yang telah dijalankan oleh (KeFB) pada sidang ini selepas pengambilan ahli baru. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang untuk para peserta mengetahui personaliti diri mereka, membina jati diri seorang fasilitator , menerapkan sifat positif dalam diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli (KeFB) itu sendiri.

             Untuk pengetahuan semua, penasihat (KeFB) juga ada menjalankan 2 jenis ujian semasa program ini, iaitu Ujian Iventori Sidek dan Ujian Numerologi kepada para peserta yang hadir. Para peserta sangat teruja untuk menjalani ujian tersebut kerana dari situ mereka dapat melihat dan menilai personaliti diri mereka. 

                Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli (KeFB) yang sudi hadir menyertai program yang telah dijalankan. Diharapkan ahli-ahli dapat memberi komitmen yang sepenuhnya untuk program-program yang bakal menyusul. 


Sesi menjamu selera..yummy3x
Sedikit perkongsian pengenalan (KeFB) oleh Presiden.


Penerangan Ujian Numerologi oleh Penasihat (KeFB)
Fokus nampaknya peserta kita. Keep it up!
Khusyuk peserta menjalani Ujian Inventori Sidek.
Antara foto yang sempat diabadikan bersama peserta "Swa Diri"










No comments:

Post a Comment