Melangkah Ke Menara Gading bersama SMK Permas Jaya, Johor

Assalamualaikum dan salam bitara,

Pada 1 Oktober 2015, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah mendapat jemputan untuk menjalankan program "Melangkah Ke Menara Gading" bersama SMK Permas Jaya, Johor. Seramai 59 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah menyertai program ini.

Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator (KeFB). Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan kehidupan di UPSI. Melalui program ini juga kita dapat berkongsi maklumat berkaitan program yang ditawarkan di UPSI.

Di samping itu juga, kami telah mengadakan sesi bual bicara antara pelajar SMK Permas Jaya bersama mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah UPSI.

Banyak aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang program berlangsung antaranya "Jelajah Kampus". Kami telah membawa adik-adik SMK Permas Jaya melawat sekitar UPSI seperti Muzium Pendidikan Nasional, Laman Batik dan Perpustakaan Tuanku Bainun.

Majlis ini telah dirasmikan oleh penasihat (KeFB) iaitu Cik Najidah binti Yahaya. Pada sebelah petang, kami telah membawa adik-adik SMK Permas Jaya melawat sekitar Proton City dan Kampus Sultan Azlan Shah.

Jauh perjalanan, luas pandangan...
Alhamdulilah adik-adik dan guru dari SMK Permas Jaya selamat tiba di UPSI.





Slot 1: Bual bicara dengan Jabatan Pengajian Malaysia bersama Dr. Sayuti.













Slot 2: Intro UPSI dan Pengenalan KeFB oleh Presiden






Badan pun dah penat, kita massage dulu bagi segar ye..hee












 






Sesi pendaftaran untuk pembahagian kumpulan.









Wajah pengarah program kita..hee



















Sekitar majlis penutupan..
Penyampaian cenderahati dari (KeFB) kepada wakil guru SMK Permas Jaya







Potret sebagai kenang-kenangan andai ada yang merindui kami.. :)

No comments:

Post a Comment