Program Fasilitator Prihatin ( F-Care)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ;) 

pinn...pinnn...MID SEM BREAK kini kembaliii !!! wahh, kepada semua yang pulang ke kampung halaman, mohon manfaaatkan cuti kalian ya. 
Buat kaum India, SELAMAT HARI DEEPAVALI okay ?? ;) tulus ikhlas dari admin tersayannggg ;)

Admin nak berkongsi dengan kalian tentang program yang baru dijalankan baru-baru ini oleh kelab kami. Nama program ini ialah ''Program Fasilitator Prihatin (F-Care)'' yang mana  program ini dijalankan dibawah Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa dalam Kelab Fasilitator Bitara iaitu saudara Muhd Khalifah Sani Bin Abd Latif selaku Pengarah Program. Program ini telah berlangsung pada 1 November 2015 bertempat di Rohingya Community School, Cheras, Selangor.

Untuk pengetahuan semua, program ini adalah bertujuan :

  • menjalankan modul di sekolah komuniti setempat dan melihat keberkesanan dan perbezaan bagi memantapkan lagi modul sedia ada. 
  •  kami dapat merasai dan mempelajari suasana masyarakat komunity Rohingya yang berbeza dan berlainan budaya dan bahasa 
  • menunjukkan bahawa mahasiswa UPSI peka dan pritahtin dengan keadaan semasa yang berlaku. 
  •  dapat melebarkan hubungan kerjasama KeFB , UPSI dengan masyarakat komuniti setempat dan juga NGO yang berkaitan dalam kelangsungan meneruskan budaya perkongsian ilmu dan pengalaman.


banyak pengalaman  yang kami perolehi sepanjang program ini berlangsung. Admin mengucapkan sekalung tahniah buat Pengarah Program dan barisan AJK pelakasana yang bertukus-lumus dalam menjalankan gerak kerja bagi menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

MOGA KALIAN TERHIBURR;)


Aktiviti LDK antara fasi dan para peserta di dalam bulatan kecil :)


Alunan nyayian 'Doa Ibu Bapa' selepas sesi takriah pendek disampaikan :)


Makan berjemaah dalam halaqah bersama-sama :)


Aktiviti ' Katak Kembung Katak Kempis' yang diketuai oleh saudara Siti Suhaila yang sangat mencuit hati dan menarik minat pelajar-pelajar Rohingya :)


Bersalaaman seusai solat zohor berjemaah bersama anak-anak Rohingya

kamu semua sangat AWESOME anak-anak Rohingya.
 ''Walau Jauh Dimata, Tapi Dekat Dihati ''



Alhamdulillah ...
bukan Wang ringgit yang kami harapan,

bukan harta kekayaan yang kami inginkan,
TAPI..
cukup hanya dapat melihat senyuman yang terukir di wajah mereka


andai ada kesempatan, InnshaaAllah akan ketemu lagi kalian di lain hari :)





No comments:

Post a Comment