TIADA YANG LAIN DAN KAU TETAP DIHATIKU

Masih segar dalam ingatan, apabila mak tiba-tiba berkata “Lepas ni sunyilah rumah, kakak dah balik UPSI. Tapi nak buat macam mana, mak faham yang kakak masih belajar”. Aku yang sedang asyik menonton televisyen pula tersentak mendengar kata-kata mak. Walaupun hanya beberapa patah perkataan, ia mampu untuk membuatku berfikir akan pengorbanan seorang ibu. Hatinya sedih namun tetap kuat demi anak-anak.

Pengorbanan ibu apa kita merupakan pengorbanan paling tinggi dan kita tidak wajar melupakannya. Susah payah mereka membesarkan kita sehingga dapat menjadi orang berguna. Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak terbalas dan tiada gantinya. Kerana itulah Rasulullah ﷺ memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian bapa. Ini menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan Rasulullah agar anak-anak memulia dan melayan ibu sebaik-baiknya.
Hinggakan Rasulullah ﷺ meletakkan kedudukan ibu itu selepas keutamaan solat, dan di atas dari jihad.

Dari Abu Abdirrahman yaitu Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: 
Saya bertanya kepada Nabi ﷺ: "Manakah amalan yang lebih tercinta disisi Allah?". Beliau menjawab: "Iaitu solat menurut waktunya." 
Saya bertanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau menjawab: "Berbakti kepada orang tua." 
Saya bertanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau menjawab: "berjihad fisabilillah." (Muttafaq 'alaih)
Pernah Rasulullah ﷺ melarang seorang sahabat untuk berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menjaga ibunya yang masih hidup. Rasul bersabda, ”Jika demikian tinggallah bersamanya kerana syurga berada di bawah kakinya.” (HR Ibnu Majah dan Nasai).

Anak-anak hari ini ramai yang tidak mengenali ibu, betapa ibulah yang melahirkan dengan izin Allah, dan kasih sayangnya bermula sebelum kita dikandungnya. Ketika angan-angannya bersama si ayah...jika kita dikurniakan anak..kita akan pelihara ia baik-baik, akan beri sepenuh kasih sayang...akan didik dia jadi insan berguna, jadi soleh atau solehah.

Sebab itu, bila kita bicarakan topik ibu dan ayah, tidak dapat tidak, mesti terkait persoalan pengorbanan dan kasih sayang, kerana apa?
Kerana ibu dan ayah ialah sepasang insan yang telah mencurahkan PENGORBANAN yang paling tinggi (yang tidak pernah diberikan oleh insan-insan lain), serta mencurahkan KASIH SAYANG yang paling mendalam, tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Ingatlah wahai sahabat, walaupun kita sudah berjaya jangan sesekali lupa akan ibu bapa. 


Renungkan : 
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak...
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . " Fikirkan dan doakan ibu bapa kita. Assalamualaikum :)



Selingan:


No comments:

Post a Comment