Program Megamind Students

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keluarga ungu kembali lagi dengan programnya selepas cuti mid sem. Setelah seminggu berehat. KeFB muncul dengan program Megamind Students yang melibatkan penyertaan terbuka daripada kelab-kelab di dalam UPSI serta dari universiti lain seperti Kelab Rakan Siswa UPM.
Program ini adalah anjuran dari Exco Latihan Pembanggunan Sahsiah

Antara objektif program ini adalah 

1.  Memberi kefahaman terhadap konsep fasilitator yang efisien dan berketerampilan kepada peserta.
2    Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam pengurusan organisasi yang berkesan.
3     Memberi kefahaman mendalam kepada peserta akan tanggungjawab seorang fasilitator yang holistik.
4     Melahirkan mahasiswa yang berkarisma dan berfikiran strategik, cekap dalam pengurusan, perancangan dan dalam membuat keputusan

Penasihat keFB juga mengambil bahagian di dalam program ini sebagai penceramah jemputan.
Banyak input-input yang sangat bermanfaat yang dapat diperolehi daripada slot beliau. 

Cik Najidah memberikan gambaran posisi yang sepatutnya seorang fesi apabila melibatkan aktiviti yang memerlukan peserta untuk duduk


Modul yang menguji kepekaan seorang fesi dengan menggunakan naluri hati.


Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan peserta didedahkan dengan penulisan modul.
peserta kehadapan untuk mempraktikkan penulisan modul yang telah diajar.



Peserta menjalankan modul yang diberi oleh Cik Najidah dalam bentuk penulisan .



Perkongsian energizer antara pelajar UPM dangan KeFB


Sesi fotografi bersama peserta

Akhir kata "Jadilah seperti cawan yang airnya hanya separuh atau sedikit" -Cik Najidah Yahaya.
Tidak riak dengan ilmu yang ada tapi sentiasa menjadi hamba Allah yang bermanfaat. 
Semoga perkongsian dalam program hari ini akan membawa manfaat kepada  kita di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment