Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
" Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati. Tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca, tidak seorang pun tahu. Juga tidak berubah dek masa. Sekejap di mata selamanya di jiwa.
Pada Ahad yang lalu, 29 November 2015, Program Reach To Peak telah diadakan di Sungai Samak, Teratak Riverview, Tanjong Malim .Program ini dibawah anjuran Exco Tugas-Tugas Khas.
Antara objektif program ini adalah:
- Mewujudkan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta memberi pendedahan mengenai rekreasi luar yang lasak dan mencabar.
- Menerapkan cara bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan kurniaan melalui ciptaan-Nya yang sempurna.
- Mengukuhkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang erat dalam kalangan ahli-ahli KeFB.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program berlangsung. Antaranya ialah:
- Inovasi barang amanah.
- Peka Bom
- Crazy Quiz
- Wasiat Qarun
- Nikmati Alam
Muka- muka gembira para peserta ketika berjalan kaki ke Sungai Samak |
Inovasi barang amanah. Peserta diberikan tugasan untuk menjadi orang yang cedera ketika dalam perjalanan |
Laungan "trademark" oleh ketua kumpulan. " Apa yang penting?! KERJASAMA!" (Wink Emoticon) |
Aktiviti di dalam Sungai Samak. Sejuk sampai tulang hitam! >_< |
Aktiviti Nikmati Alam |
Memberi hadiah kepada para pemenang |
Gambar kenangan di Sungai Samak |
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Diharap segala perkongsian yang terdapat dalam program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Semoga kita dapat bertemu lagi untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang. In sha Allah.
Akhir kata, suka saya untuk memetik kata-kata seorang penyair tersohor, A. Samad Said;
" Manusia terlampau sibuk dengan keadilan terhadap manusia sehingga terlupa keadilan terhadap alam sekitar"
No comments:
Post a Comment