MY HARAPAN YOUTH TOUR 2014

Assalamualaikum dan Salam Bitara everyone !!

how's your day? everythings  gonna be okay ? so far, dalam kesibukan kita belajar dan berkuliah, kita juga perlu luangkan masa untuk diri kita dengan menyertai program-program ilmiah bagi santapan rohani kita right ??

dalam kita bersantai-santai, kami ingin menceritakan program kami yang telah dilaksanakan pada 27 & 28 November 2014 yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Kampus Sultan Azlan Shah , Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini merupakan program "MyHarapan YOUTH TOUR 2014" anjuran KeFB dengan Kerjasama MyHarapan dan PTPK. Bertujuan untuk membangunkan projek- projek sosial oleh guru pada masa hadapan yang memberi faedah kepada komuniti di mana mereka akan ditempatkan. Selain itu, program ini juga dapat menyediakan platform dalam mewujudkan kesedaran mengenai peluang-peluang yang ada dan sokongan yang disediakan oleh myHarapan. 

Untuk pengetahuan kalian, program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan guru pada masa hadapan tentang peranan mereka di dalam masyarakat melalui pengajaran dan penglibatan mereka dalam projek-projek sosial.

Selain itu, ia menggalakkan penglibatan mahasiswa/wi dalam projek-projek sosial melalui dorongan MyHarapan.


pada hari pertama bersamaan dengan 27 November 2014


 
 Para peserta mendaftar sebelum program berlangsung.
 * amboii menyempat lagi yer ajk pendaftaran ;)





  
 Slot disampaikan oleh Madam Shila.
*khusyuk peserta mendengar aihh 






Aktiviti ‘Ice-Breaking’ sedang berlangsung.
*amboi ni nak buat keretapi ker ha ??




 
Para peserta menyiapkan tugasan yang diberikan
* wahh tekun dan tekun sekali berbincang .





Pembentangan hasil kerja dilakukan setiap kumpulan.
* wahhh cantik hasil kerja  ngeee ;)






                        Penyampaian ‘ Lucky Draw ‘ kepada peserta yang bertuah


pada hari kedua bersamaan dengan 28 November 2014





Barisan penguji menilai hasil pembentangan dari peserta.



         


Sesi pembemtangan dari peserta.






      Sesi bergambar keseluruhan bersama para peserta dan wakil Myharapan.

melalui prorgram ini, banyak input yang kami perolehi daripadanya . tahniah juga tidak terhingga kepada pihak MyHarapan, AJK pelaksanaan dalam menjalankan program ini dan tidak lupa juga kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa menyertainya .

 sekadar  itu sahaja dari admin =P admin harap kalian jagan segan silu yer follow blog kami ini. pelbagai program yang lebih menarik akan kami kongsi dengan kalian semua pada masa kan datang.
 

dannn

 jangan lupa yerrr tagline kami :)


" BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN "



No comments:

Post a Comment