MENJADI KISMIS
SEBELUM ANGGUR
Sering kali kita melihat diri
kita begitu besar dan matang, padahal kenyataannya masih begitu kecil dan
mentah. Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja.
Ia merupakan hasil daripada suatu proses. Proses ini terdiri daripada beberapa
tahap. Antara satu tahap ke tahap yang lain biasanya memerlukan masa yang cukup
panjang.
Hukum ini berlaku untuk semua makhluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-rama yang cantik. Setitis air mani menghabiskan masa berbulan-bulan di dalam rahim sebelum menjadi bayi yang comel. Bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis. Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua proses ini, maka proses kesempurnaan ia akan terbantut. Lalu ia tidak akan sempurna untuk selama-lamanya.

Melatih diri
Hukum kesempurnaan ini juga
berlaku untuk semua disiplin ilmu atau kerjaya yang kita pilih. Seorang doktor
pakar memerlukan masa yang panjang sebelum menjadi spesialis dalam bidang
perubatan. Begitu juga seorang jurutera, penulis, pelakon apatah lagi ulama
Islam yang menjadi rujukan umat. Mencapai darjat “ pakar” dalam sesuatu bidang
menuntut kesabaran dan ketekunan.
Setiap beginner (orang yang baru mula belajar) mesti selalu melatih diri dengan tekun sehingga tertanam dalam jiwanya kerangka pemikiran dan analisis seorang pakar dalam bidanganya. Setakat membaca teori-teori keilmuan tanpa banyak berlatih tidak akan membentuk sifat-sifat itu dalam diri.

Seorang pemikir masa ini, Howard
Gardner berkata dalam 5 Minds for The
Future: “ Disiplin formal saya ialah psikologi. Dan diperlukan masa satu
dekad agar saya dapat berfikir seperti seorang pakar psikologi.”
Apa pun bidang ilmunya, coraknya tetap sama, iaitu diperlukan latihan dan ketekunan yang berpanjangan untuk tiba ke tingkat kepakaran yang sempurna.
Apa pun bidang ilmunya, coraknya tetap sama, iaitu diperlukan latihan dan ketekunan yang berpanjangan untuk tiba ke tingkat kepakaran yang sempurna.
Bagai Pokok Yang Tidak Ditanam
Benarlah, jalan menuju kepakaran sangat
panjang. Sesiapa yang menjalaninya dengan sabar, suatu hari akan tampil sebagai
seorang pakar yang disegani. Dan pendapatnya dalam disiplin itu diakui sebagai
pandangan yang berwibawa. Sebaliknya, sesiapa yang tidak sabra menjalaninya,
lalu mendakwa menjadi pakar sebelum masanya, maka ia telah kering sebelum
matang, menjadi kismis sebelum menjadi anggur. Oleh sebab itu, ucapan dan
pendapatnya tidak mengandungi nilai ilmiah sama sekali.
Seperti bicara Syeikh Ibn ‘Ataillah al-Sakandari dalam al-Hikam : “ Tanamlah dirimu di tanah kehinaan (khumul). Sebatang pokok yang tidak ditanam dengan sempurna, tidak akan menghasilkan buah yang sempurna.”
No comments:
Post a Comment