Assalamualaikum dan salam Bitara J
“What we do for ourselves dies with us, what we do for
others remains and is immortal “.
[Albert Pike]
Pada hari Ahad, 23 November 2014, Kelab Fasilitator
Bitara (KeFB) di bawah Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menjayakan satu program iaitu Message
Form Heart (Pesanan Dari Hati).
Message From Heart ini merupakan program khidmat masyarakat terutama dalam kalangan mahasiswa UPSI untuk melatih diri dalam melaksanakan khidmat komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggilap nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mahasiswa.
Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua dan Rumah Amal Limpahan Kasih telah dipilih untuk ahli-ahli KeFB menjalankan amanah khidmat komuniti. Sedikit tambahan, seminggu sebelum program Message From Heart dijalankan, pihak AJK pelaksana telah mengadakan kutipan barang terpakai untuk dijual dan juga menjalankan kutipan derma di Pintu Timur dan juga di kolej-kolej kediaman.
Sumbangan yang diperoleh menerusi kutipan derma dan barang terpakai ini, akan diserahkan kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

RUMAH JAGAAN DAN
RAWATAN ORANG TUA
Antara peserta lelaki
yang pergi ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua
*yang bertopi tu,
khusyuk lihat ke tempat lain…hurmm
Bergotong-royong
membersihkan kawasan luar rumah jagaan.
Iqbal dan Hafiz
memasang poster program,
*semangat Iqbal
memeluk pokok kelapa……
Pengarah program
sedang berbual dengan salah seorang penghuni rumah jagaan.
Stok makanan yang
disumbangkan oleh NGO dan orang perseorangan
*telan air liur
nampak stok makanan…..budak U jer tahu apa dalam hati, ….
Peserta lelaki
beramah mesra dengan penghuni lelaki rumah jagaan J
Kemesraan terpancar
di wajah salah seorang penghuni rumah jagaaan tersebut.
Sesi mengemas dan
melipat stok pakaian yang didermakan
*lipat baju bagi
habis semua, kalau tak, jangan balik UPSI
Penasihat kelab
sempat turun melawat bersama para pelajar
*semua khusyuk
mendengar penerangan Cik Najidah kita…
Sesi bergambar dan
penyerahan sumbangan kepada pengurus Rumah Jagaan.
RUMAH AMAL LIMPAHAN
KASIH
Para peserta yang
pergi ke Rumah Amal tersebut.
*Fuhh, semangat
bergambar masing-masing…
Penerangan oleh AJK Aktiviti
kepada para peserta
*Wahh, mesti seronok
aktiviti yang dijalankan.
Antara para penghuni
Rumah Amal tersebut.
Sesi ramah mesra
dengan penghuni Rumah Amal.
*Semuanya fokus
terhadap apa yang ingin disampaikan, wahh…bagus, bagus
Kawasan semaian Rumah
Amal J
Peserta membersihkan
kawasan Semaian Pokok Limpahan Kasih
*cari apa cik adik?
Ulat bulu ker? Hehe….
*Nak tangkap ayam
buat rendang ker?
Para peserta
membersihkan kawasan sangkar ayam.
*Semangatnya
membersihkan kawasan sangkar ayam, hehe
Timbalan pengarah
sedang berbual...
*nampak kamera, terus
pusing..
Sesi mencuci pinggan
mangkuk, periuk belanga selepas menyiapkan hidangan tengah hari.
*Gosok, jangan tak
gosok, gosok
Sempat lagi bergaya
sambil memasak,
*Only in KeFB
Pengurus Rumah Amal
memberi ucapan
Sesi penyerahan
sumbangan dan dana untuk Rumah Amal
*Cik Najidah ada di
sini pulak, haipp….hehe
Sesi bergambar di
antara para peserta dan penghuni Rumah Amal.
Kesimpulannya, program Massage From Heart ini sebenarnya banyak membuka mata dan minda kita bahawa, walaupun hidup kita kelihatan susah, tetapi hakikatnya, ramai insan yang lagi susah daripada kita.
Jangan kita selalu tanya, kenapa aku? Kenapa bukan dia? Kenapa mesti aku?Jawapannya, "why not me" Kenapa bukan aku yang terima sebegitu? Bukankah kita kuat, bukankah aku kuat untuk hadapi semua ni. Oleh itu, hargailah kedua ibu bapa dan jadilah anak-anak yang membalas jasa ibu dan ayah kelak. Bolehkan? :) Marilah kita berlumba-lumba membuat kebaikan.
Firman Allah Ta’ala,
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kalian (berbuat) yang terbaik. Di mana saja kalian berada pasti Allah akan mengumpulkanmu semua (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Al-Baqarah [2:148].
gambar tgh lipat kain... haip... maalu.. hahaha...
ReplyDeleteterima kasih...