Assalamualaikum & salam bitara.... :)

Peperiksaan akhir semakin menghampiri setelah 14 minggu berhempas pulas melalui pelbagai onak dan duri dalam menuntut ilmu. Perjuangan masih belum tamat. Bukan mudah untuk menggapai sebuah kejayaan dan impian dalam hidup. Usaha, usaha, dan usaha masih belum cukup jika terlupa meletakkan doa dan tawakal berjalan seiring. Siapa pun kita, setinggi mana kedudukan kita jangan pernah berasa sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa. Sehinggakan tidak ada apa yang boleh dibanggakan atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, jika kita seorang pelajar maka berusaha dan belajarlah sehingga peringkat yang tertinggi.

 


Jadi, di sini ada beberapa panduan supaya kita berjaya dan terus maju.

1.    Letakkan matlamat dan sasaran setinggi mungkin.

Berusaha tanpa mengenal erti jemu dan cabar diri untuk bersungguh-sungguh capai impian walau berkali kita terjatuh dan tersungkur.
2. Perlu ada sedikit rasa cemburu dengan kejayaan orang lain.

Rasa cemburu perlu ada supaya kita lebih bermotivasi untuk berjaya lebih-lebih lagi pada rakan yang seusia kita tetapi sudah berada dalam kedudukan yang luar biasa jaya. Rasa cemburu yang positif dapat melahirkan persaingan yang sihat.

3. Jadikan diri sebagai yang luar biasa.

Luar biasa lebih dari yang biasa. Apabila kita melakukan sesuatu, lakukan dengan dua kali ganda kesungguhannya, dan lebih kuat dari yang biasa boleh lakukan.

4. Usaha menjadikan hari ini adalah hari yang terindah dan bahagia.

Pasangkan niat supaya hari ini hari yang bahagia buat diri. Sematkan dalam hati hari ini adalah hari yang paling indah. Hari-hari yang indah akan memudahkan kita untuk menggapai impian. Feel good!!!

 

 

 

 




 

 
 

No comments:

Post a Comment