Assalamualaikum w.b.t.. Salam
Sejahtera, Salam Bitara, Salam Perpaduan,
Salam Satu Malaysia..:)
Kebanyakan ahli Kelab Fasilitator
Bitara (KeFB) adalah terdiri daripada remaja, dan pada usia remaja inilah
banyak yang dipelajari untuk membentuk sahsiah dan keperibadian diri seseorang
individu. Pada kali ini pengisian blog adalah berkaitan psikologi remaja yang
bertajuk:
BELAJAR UNTUK MENGHARGAI…
Saban hari kita selalu merungut tidak cukup itu dan ini,
pernahkah sekalipun terfikir kehidupan masyarakat yang susah?
sedangkan tanpa disedari semua yang dikehendaki sering dipenuhi,
hanya kita yang tidak pandai menghargainya.
oleh itu, didiklah diri untuk menghargai apa yang dimiliki agar tidak menyesal di kemudian hari.

BEBERAPA TIPS UNTUK
MENGHARGAI DIRI, IBU BAPA,
TEMAN DAN MASA DEPAN
I) HARGAILAH DIRI
Manusia sering membandingkan dirinya dengan orang lain (cth: dia cantik, aku hodoh; dia kurus, aku tidak) seharusnya kita sedar bahawa biar apapun kekurangan yang dimiliki, belajarlah untuk bersyukur dan hargai diri. Sekurang-kurangya dirimu telah dicipta oleh-Nya dengan sebaik-baiknya dan lengkap dengan anggota tanpa ada sebarang kekurangan. Maka tidak perlulah merungut, sebaliknya bersyukur dan hargailah dirimu dengan menjaga diri agar sentiasa sihat dan apa yang diimpikan dapat dilaksanakan.
II) HARGAI ORANG TUAMU
Jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya amatlah besar sehingga tidak terbalas. Kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan, dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada anaknya selain daripada anaknya menghargai dan mengingati jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan untukmu dengan mengecapi kejayaan yang diimpikan dan menjadi anak yang baik.

III) HARGAILAH TEMAN-TEMANMU
Dalam berkawan pasti akan ada pelbagai karenah dan ragam teman-teman sekeliling, sampai kadang-kala mungkin mengguris hati. Namun terimalah setiap kekurangan teman itu dengan seadanya, kerna di situlah akan wujudnya perbezaan dan persamaan antara satu sama lain. Hargailah setiap teman yang ada disekeliling, kerna susah dan senang pasti akan diharungi bersama.

IV) HARGAILAH MASA DEPANMU
Setiap insan mahukan kehidupan pada
masa hadapan dengan kecemerlangan, serta menggapai cita-cita dan kejayaan yang
diimpikan selama ini. Maka, gapailah kejayaan dan hargailah dirimu dengan
pengorbanan demi masa hadapan yang lebih baik. Dengan usaha yang dilakukan
pasti akan membuah hasil, kerna tidak mungkin kejayaan akan datang bergolek
tanpa sebarang usaha. Hargailah masa depanmu dengan sebaiknya bermula daripada
sekarang.
No comments:
Post a Comment