TOT II

   19 November 2011 - KeFB telah melaksanakan Training Of Trainer, TOT II di Auditorium Utama UPSI. TOT pada hari tersebut telah di bahagikan kepada dua slot. Pada slot 1 telah dijalankan Latihan Dalam Kumpulan, LDK dimana ahli di pecahkan kepada beberapa kumpulan dan di minta untuk menyediakan satu modul yang sesual dijalankan di sekolah. Kemudian, Penasihat Kelab iaitu Cik Najidah memilih dua kumpulan untuk melaksanakan modul mereka.




  Seterusnya, pada slot 2 di sebelah petang nya, telah di jalankan debat di antara ahli kelab. Ahli-ahli yang bertuah untuk berdebat telah di pilih secara rawak melalui gulungan nama mereka oleh Cik Najidah. Lebih kurang lima pusingan telah dijalankan. Objektif debat pada petang itu adalah untuk menguji keberanian dan kebijaksanaan ahli dalam berkata-kata dan mencurah pendapat jua kritikan. Dari situ, ahli kelab dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan diri jika ingin menjadi insan yang serba boleh.





No comments:

Post a Comment