BENGKEL PENGURUSAN & PROTOKOL

11 Mac 2012 - Bengkel Pengurusan dan Protokol telah dijalankan di Auditorium Utama UPSI. Bengkel ini dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama di sebelah pagi, telah di jalankan bengkel pengurusan yang di sampaikan oleh bekas pelajar UPSI serta pengasas KeFB iaitu Puan Shaiha. Beliau menerangkan elemen-elemen penting yang perlu diketahui oleh sesebuah organisasi. contohnya pengurusan fail dan pengurusan organisasi. Selepas tamat bengkel pengurusan tersebut, ahli di pecahkan kepada beberapa kumpulan dan di minta membuat praktikal berdasarkan penerangan Puan Shaiha tersebut.




   Pada slot kedua telah dijalankan Bengkel Protokol yang disampaikan oleh bekas pelajar UPSI juga iaitu Encik Adnan. Beliau menerangkan elemen-elemen penting yang perlu diketahui dan perlu dilakukan dalam sesebuah majlis sama ada majlis formal atau tidak formal. Bagi majlis formal dimana jemputan nya adalah VIP atau VVIP, maka ketelitian dalam protokol sangat dititikberatkan. Selepas tamat bengkel protokol tersebut, ahli diminta kembali dalam kumpulan ketika praktikal pengurusan tadi untuk melakukan praktikal bagi protokol pula. Encik Adnan memberi sebuah situasi majlis formal Majlis Penutupan Program Eksklusif Sekolah Bitara dimana jemputannya adalah VIP dari UPSI, setiap kumpulan di minta merangka perjalanan program dan satu kumpulan di pilih untuk melaksanakan idea mereka. Encik Adnan bertindak sebagai pemerhati serta pengkritik di mana beliau mengulas kesilapan yang telah dibuat oleh kumpulan tersebut serta menjelaskan kembali bagi memudahkan semua ahli faham.





No comments:

Post a Comment