MULAKAN HARI MU DENGAN SENYUMAN DAN HATI YANG IKHLAS



Allah menyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud, "Ikhlas itu umpama semut hitam yang
berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita." Hal ini menunjukkan
betapa tingginya sifat keikhlasan itu dan harus disemai dalam diri kita.

Sejujurnya, amat sukar untuk mengekalkan rasa ikhlas bagi setiap amal yang pernah dilakukan.
Tidak kira besar mahupun kecil, berat mahupun ringan.

Fudhail bin Iyadh: Bahawa maksud dari amal yang ihsan (paling baik) adalah amal yang paling
ikhlas dan yang paling benar. Ada dua syarat diterimanya amal ibadah manusia, ikhlas dan
benar.

Antara ciri-ciri orang yang ikhlas:

Tidak suka dipuji orang

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah
akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

(Sayidina Abu bakar)

Shaikh Ahmad Ataillah mengingatkan: “Orang beriman itu apabila mendapat pujian, maka
ia merasa malu terhadap Allah SWT atas pujian yang diterimanya, apabila sifat-sifat yang
dimaksud/dipuji itu, tidak dimilikinya sama sekali”.

Menyembunyikan amal

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan
terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kerisauan terhadap
mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (QS Al Baqaroh 274)

Berani menanggung risiko

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan
menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kerisauan terhadap
mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati

(QS Al Baqaroh 277)

Tidak malu mengatakan “aku tidak tahu”

Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahawa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang
dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al
Mutafaqqih, 2/170).(dalam kes ini ada banyak pendapat tentang bilngan soalan dan soalan yang
dijawab oleh imam malik, boleh rujuk semula untuk mendapatkan kepastian)

Selalu Bersungguh-sungguh

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian
dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan
semakin berkurang jika dicela.”

Takut tidak diterima amalnya

Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut,
(kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka *)

*)Maksudnya: kerana tahu bahawa mereka akan kembali kepada Tuhan untuk dihisab, maka
mereka risau kalau-kalau pemberian-pemberian (sedekah-sedekah) yang mereka berikan, dan
amal ibadah yang mereka kerjakan itu tidak diterima Tuhan.

Memandang rendah amalnya

Di antara bencana yang dialami seorang hamba adalah ketika ia merasa redha dengan amal
kebaikan yang dilakukan, di mana hal ini dapat mengheretnya ke dalam perbuatan ujub
(berbangga diri) yang menyebabkan rosaknya keikhlasan.

Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak
benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima
kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas ertinya dilakukan hanya kerana Allah. Adapun
benar ertinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shollallahu ‘alaihi
wasallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh) 

Kadang kala, tanpa disedari kita mengharapkan segala kebaikan yang kita usahakan dibalas
dengan dengan kebaikan juga.

Apabila kebaikan yang dilakukan tidak dibalas dengan kebaikan, hati mula terasa benci. Hasutan
syaitan menjadi-jadi, kita harus bersabar agar pahala kebaikan yang dilakukan tidak ditarik
kembali. Seseunguhnya, Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Oleh itu, sebagai hamba Allah yang lemah marilah kita bersama-sama berusaha agar setiap
amalan yang dilakukan ikhlas hanya mengharap redha Allah.

Rujukan

No comments:

Post a Comment