LAMBAIAN MALAR HIJAU

15 April 2012 - Program Kemasyarakatan Lambaian Malar Hijau ini telah dijalankan di Perkampungan Orang Asli Pos Bersih. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Fasilitator Bitara dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta serta komitmen yang tinggi oleh AJK pelaksana juga turut membantu melancarkan lagi perjalanan program.

Antara program yang dijalankan ialah gotong royong Pusat Sumber dan Taman Botani sekolah, mural di kelas-kelas, sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan LDK bersama murid-murid sekolah tersebut. 





Program berjaya ditamatkan pada hari Ahad jam 5.30 petang setelah selesai majlis penutupan. Ucapan ribuan terima kasih terutama kepada semua AJK Pelaksana  yang telah bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Jasa baik semua akan dikenang selamanya. Begitu juga kepada semua peserta yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada Penasihat Program, Cik Najidah Bt Yahaya yang sanggup meluangkan masa bersama dan memantau para peserta serta dapat merasmikan Majlis Penutupan Program Kemasyarakatan Lambaian Malar Hijau

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Tuan Haji Saidin bin Ardi kerana telah bekerjasama dalam menjayakan program ini dengan penglibatan para pelajar sekolah dan menyediakan lokasi untuk program ini. 

Selain itu, jutaan terima kasih kepada barisan penaja iaitu Yayasan Bina Upaya dan Bank Rakyat kerana telah menaja perbelanjaan program ini serta Riamoda cawangan Tanjung Malim yang memberi sumbangan langsir kepada pihak sekolah. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang turut memberi sumbangan kepada penduduk kampung iaitu pakaian, buku - buku, dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment