PROGRAM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA I

:: ALL THINGS ARE DIFFICULT BEFORE THEY ARE EASY::


        Tanggal 25 hingga 27 Mac 2011 sebanyak empat buah sekolah telah mengadakan  "Program Eksklusif Sekolah Bitara" iaitu SMK Dato Zulkifli, SMK Slim, MRSM Kuala Kubu Bharu & SMK Teluk Intan. Manakala minggu yang berikutnya pada 2 hingga 3 April 2011 sebanyak empat buah sekolah telah memulakan operasi iaitu SMK Kula Kubu Bharu (Kepimpinan & Motivasi), SMK Taman Bunga Raya 1 & SMK Besaout.
      Kesemua sekolah berjaya mencapai objetif masing-masing. Sepanjang menguruskan program ini pelbagai rintangan dan halangan yang telah fasilitator-fasilitator hadapi tetapi  itu lebih mematangkan kita sebenarnya. Dari sini kita dapat lihat kegigihan dan komitmen ahli kumpulan masing-masing dalam menerima arahan daripada ketua. Seterusnya, fasilitator semua telah mempelajari ilmu baru seperti berkomunikasi, keyakinan, keberanian dll. Secara analoginya, di sepanjang perjalanan terdapat satu bahagian jalan yang ada lubang besar yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain, tetapi apabila ramai yang peka terhadap kerosakan jalan tersebut, maka lubang yang besar itu berjaya ditampal semula dan menjadi jalan raya yang elok dan selamat. Jadi disni, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, maka kita saling melengkapi antara satu sama lain agar hasilnya sangat MANTAP..(= Kekalkan ukhwah yang telah terbina.

"YA ALLAH, sahabatku buah hatiku, mesra kami penawar duka. rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membawa ceria. YA ALLAH, silaturahim kami ukhwah fillah. Permusuhan kami nauzubillh. Berpisah hanya dengan mati, InsyaALLAH, pegikat hati kami rabithah marth0tillah."



SMK Kula Kubu Bharu - "Kursus Pemimpin Unggul"

 SMK Besaout- "Pembaharuan dan Kebangkitan"


 SMK Slim

SMK Kuala Kubu Bharu - "Motivasi"



::CERDIK TIDAK SEMESTINYA PANDAI, KALAU DIA TIDAK BELAJAR::



No comments:

Post a Comment