MODUL 1 : FASILITATOR CEMERLANG
DEFINISI :
Terdapat pelbagai definisi mengenai fasiitator ini. Ada yang beranggapan dari aspek linguist. Fasilitatir ini membawa maksud pemudah cara. Namun, ia merangkumi secara ringkas, definisi konsep mengenai fasilitator adalah :
"Seorang individu yang berkeupayaan untuk membentuk platform kepada insan lain dalam mencari konklusi terhadap permasalahan yang timbul."
Jika disingkap dan diungkap, persoalan yang timbul terhadap konsep ini adalah pada frasa 'keupayaan'. Apakah keupayaan yang perlu ada pada seseorang untuk mencapai status sebagai seorang fasilitator?
Keupayaan Fasilitator :
Menjadi satu prioriti untuk mempunyai beberapa keupayaan yang prioriti untuk bergelar seorang pemudah cara ini. Antaranya :
Komunikasi
Komunikasi secara jelas akan membawa ke arah komunikasi yang berkesan/ komunikasi yang jelas adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan berbentuk diplomasi serta dalam intonasi yang tepat. Pemilihan kata yang tepat pada tempat juga adalah penting.
Keyakinan
Keyakinan adalah satu perkara yang wajib ada. Penggunakan bahasa badan (body language) adalah amat penting selain lirikan mata yang berkesan di dalam aspek penyampaian sesuatu maklumat.
Kecerdikan
Kecerdikan ini merujuk kepada kecekapan akal fasilitator tersebut. Fasilitator perlu mempunyai idea untuk diasimilasikan dengan komunikasi dan keyakinan. Lantas, kecerdikan tergolong di dalam aspek yang cukup penting dalam mengukur keupayaan seorang fasilitator.
Dirangkumkan secara umum, gabungan 3K ini adalah keutamaan untuk bergelar seorang fasilitator. Namun, ini bukannya faktor untuk menempatkan seseorang fasilitator itu ditahap yang cemerlang sebaliknya asas untuk menjadi seorang fasilitator sahaja. Maka, keupayaan untuk menjadi pemudah cara ini, perlu ada elemen komunikasi, keyakinan dan kecerdikan. bagaimana ingin menjadi fasilitator cemerlang?
Kecemerlangan Fasilitator :
Sehingga kini, tidak wujud satu parameter atau kayu ukur untuk memperlihatkan kecemerlangan seseorang fasilitator itu. namun, fasilitator yang cemerlang adalah fasilitator yang turut dsama belajar untuk mengembangkan keupayaan asas yang ada. Antaranya :
Pemahaman
Untuk memahami klien atau anak buah yang dibantu, adalah cukup sukar. Maka, meletakkan diri dan menyelami perasaan insan tersebut boleh membuatkan seorang fasilitator itu merasai masalah dengan lebih berkesan. Seseorang itu gagal untuk menyelesaikan masalah adalah sekadar'menolak' dahulu tekanan itu keluar dan sebaliknya diselesaikan oleh individu itu sendiri.
Motivasi
Fasiltator perlu juga menjadi seorang motivator yang baik. suntikan semangat melalui kaedah motivasi ini biasanya membawa ke arah perkembangan yang positif. Elemen ini juga boleh diinterpretasi dengan arah yang berbeza sekiranya permasalahan yang ada adalah untuk memberi kesedaran. Lalu, fasilitator yangt cemerlang juga perlu bertindak sebagai motivator yang baik.
Pemikiran kritikal
Perkara ini adalah yang cukup sukar untuk dimiliki oleh mana-mana fasilitator . untuk berdepan dengan cabaran dan masalah, selalunya fasilitator ini kerap didesak atau diprovokasi khususnya apabila berdepan dengan cabaran berkumpulan. Maka, untuk menangkis 'serangan' yang ada, fasilitator yang cemerlang perlu membalas balik dengan diplomasi tetapi memberikan intipati yang boleh membuatkan orang lain menghormatinya lagi.
Sememangnya, ketiga-tiga elemen ini tidak menjanjikan 100% kecemerlangan seseorang fasilitator itu. namun demikian, dengan ada ketiga-tiga aspek ini, digabungkan dengan keupayaan asas di atas, boleh menjanjikan embentukan seorang fasilitator yang cemerlang.
Konklusi
Tuntasnya, apabila berhadapan dengan sekumpulan atau seorang individu, menjadi tugasan seorang fasilitator untuk memberikan komitmen 200% dan fokus terhadap segalanya permasalahan yang ada.