Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua !
Hai semua, sihat
ke? Hopefully sihat walafiat ya, Insya Allah, Alhamdulillah.
Pada 17, 18 dan 19
April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara telah menganjurkan Program
Citrawarna Kehidupan yang bertempat di Kampung Petalin Baru Bidor, Perak. Program
ini telah dikendalikan oleh Saudari Nurul Hidayat Binti Bakri, Exco Kebajikan
dan kKemasyarakatan selaku Pengarah Program Citrawarna Kehidupan.
Program ini
bertujuan untuk membentuk jalinan integrasi sosial antara mahasiswa/i dengan komuniti masyarakat sebagai latihan berterusan dalam perkembangan insaniah seseorang individu tersebut. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang kehidupan masyarakat di desa serta
memupuk nilai-nilai murni antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Program ini telah disertai seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KeFB.
Peserta bertolak dari UPSI kira-kira jam 3.30 petang dan sampai di Kampung Petalin Baru Bidor, Perak jam 5 petang.
Senam pagi bersama-sama keluarga angkat. |
Hasil pencarian pembiakan nyamuk aedes |
Aktiviti sukaneka pada petang itu ialah bola jaring dengan berkain batik, futsal dengan berkain pelekat, dan permainan ‘sayang anak’. Setelah aktiviti sukanneka berakhir peserta kembali ke rumah masing-masing untuk beristrirehat, makan, dan solat.
Bergambar sebelum perlawanan futsal dengan berkain pelekat |
Perlawanan bola jaring dengan kain batik antara peserta dengan ibu angkat |
Aktiviti di malam hari pula menunaikan solat maghrib dan solat isyak berjemaah. Selepas
solat maghrib peserta dan penduduk kampung berzanji dan berselawat bersama-sama yang diketuai oleh Encik Mohd
Salleh Bin Haji Alang. Seterusnya pengisian tazkirah yang bertajuk Mukmin Islam
(aset agama) yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik. Setelah selesai
tazkirah peserta dan penduduk kampung solat isyak berjemaah.
Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik |
Peserta dan penduduk Kampung Petalin Baru fokus mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik |
Setelah selesai solat berjemaah, peserta dan
penduduk kampung minum malam dan sesi fotografi bersama-sama
keluarga angkat dan gambar tersebut akan diberi sebagai cenderahati kepada
keluarga angkat.
Aktiviti seterusnya
diteruskan dengan malam kebudayaan yang dikendalikan oleh wakil KeFB. Pada malam kebudayaan kumpulan pertama
bertemakan lakonan, kumpulan kedua bertemakan tarian daripada Sabah dan
kumpulan ketiga bertemakan teater muzikal.
Persembahan oleh wakil KeFB |
Peserta bersama-sama penduduk kampung |
Keesokkan harinya, penduduk kampung
dan juga peserta bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak juadah
tengahari. Lauk yang dimasak ialah tempoyak ikan patin dan gulai nenas.
Gotong royong memasak |
Peserta menolong membersihkan ikan untuk dimasak |
Seterusnya, Majlis Penutupan Program Citrawarna Kehidupan oleh Penasihat KeFB.
Penasihat KeFB berucap di Majlis Penutupan Program Citrawarna Kehidupan |
Bergambar bersama-sama sebelum pulang ke UPSI |
Alhamdulillah, akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Oh ya, untuk pengetahuan semua, program ini telah muncul di dada akhbar yang bertarikh 1 Jun 2015, Harian Metro, Sisipan Bestari V7,
Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana, peserta, JKKK Kampung Petalin Baru, Bidor dan penduduk kampung. Terima kasih atas sokongan, semoga berjumpa di lain hari. Bye!
"Bergerak seiring menyahut cabaran"
1 Jun 2015, Harian Metro |
No comments:
Post a Comment