KEM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA “MENGGILAP
PERMATA”
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah. Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) fasa 1 telah berjalan dengan lancar. KESB Fasa 1 ini melibatkan 5 buah sekolah dan penyertaan para pelajar sekolah menengah sebagai peserta kem eksklusif ini ialah seramai 37 orang. Penglibatan fasilitator dari KeFB amat memberangsangkan di mana seramai 40 orang fasilitator menyertai kem eksklusif ini.
KESB fasa 1 ini berlangsung di Kem Desa Selesa bermula daripada 1 – 3 Mei 2015. Kem ini tampil dengan mengangkat tema “Menggilap Permata” sebagai “tagline” kem. Semua para peserta berkumpul di UPSI terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kem Desa Selesa. Pada hari pertama, para peserta diberikan taklimat oleh Komandan kem dan aktiviti yang dijalankan semestinya “ice breaking” dahulu dan diikuti beberapa aktiviti lain.
KESB fasa 1 ini berlangsung di Kem Desa Selesa bermula daripada 1 – 3 Mei 2015. Kem ini tampil dengan mengangkat tema “Menggilap Permata” sebagai “tagline” kem. Semua para peserta berkumpul di UPSI terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kem Desa Selesa. Pada hari pertama, para peserta diberikan taklimat oleh Komandan kem dan aktiviti yang dijalankan semestinya “ice breaking” dahulu dan diikuti beberapa aktiviti lain.
Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa 1 "Menggilap Permata"
Pada 1 Mei 2015 jam 3.00 petang peserta
mendaftarkan diri di Bitarasiswa, UPSI. Selepas itu, pengarah program dan
presiden kelab memberi taklimat ringkas kepada para peserta sebelum bergerak ke
Kem Desa Selesa.
Sesi pendaftaran peserta dilaksanakan di Bangunan Bitarasiswa
Taklimat ringkas diberikan mengenai perjalanan program
Peserta berjalan menuju tapak kem
Kelihatan ceria peseta menuju ke tapak kem dengan melalui titi gantung
Peserta bertungkus lumus mendirikan khemah mereka
Slot ice breaking dimulakan dengan aktiviti pertama iaitu
“Pandang pertama”. Dalam aktiviti ini peserta dan fasilitator membuat satu
bulatan besar. Aktiviti ini bertujuan untuk mengurangkan rasa kekok dalam
kalangan peserta yang rata-rata tidak mengenali antara satu sama lain. Aktiviti
kedua dalam slot ice breaking ialah “Sayalah Paling Popular”. Aktiviti
ini dijalankan bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali antara satu sama
lain.
.
Sewaktu sesi ice breaking
Selesai sahaja slot ice breaking, LDK 1 (a) “Siapakah aku”
dimulakan yang dijalankan untuk pembahagian kumpulan. LDK 1 (a) telah berjaya
dilaksanakan dan para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Fasilitator
juga turut dibahagikan kepada setiap kumpulan untuk membantu para peserta
sepanjang kem ini dijalankan.
Nyanyian lagu tema program "Gemuruh Jiwa"
Aktiviti senamanrobik peserta dan fasilitator
Peserta diberikan energizer bagi menyuntik semangat
Aktiviti jungle trekking mengambil tempat untuk menguji ketahanan
fizikal setiap peserta. Selepas jungle trekking pelajar dibenarkan untuk
membersihkan diri dan bersiap sedia menunaikan solat asar. Peserta juga
diberikan peluang untuk membuat persiapan persembahan bagi aktiviti malam
kebudayaan yang akan dijalankan pada malam hari.
Peserta mengharungi sungai dalam aktiviti "Jungle Tracking"
Halangan daam aktiviti "Jungle Tracking"
Peserta perempuan cekal mengharungi cabaran
Pada sebelah malam peserta iaitu malam terakhir adalah Malam Kebudayaan untuk menyerlah bakat peserta masing-masing. Peserta dijamu dengan barbeque yang disediakan khas oleh para
fasilitator untuk menjamu peserta sempena malam terakhir Kem Eksklusif Fasilitator
Bitara. Usai menjamu selera, aktiviti pelepasan tanglung diadakan sebagai
simbolik membuang sikap-sikap negatif dalam diri peserta dan sedia untuk
berubah kearah yang lebih baik. Peserta kemudiannya dibenarkan untuk masuk
tidur pada pukul 12.30 pagi.
Malam Kebudayaan kumpulan "Ulat Buku" dengan persembahan sketsa dan nyanyian
Persediaan BBQ oleh AJK makanan untuk malam terakhir kem
Peserta menikmati makanan yang dimasak sendiri oleh fasilitator pada malam terakhir kem
Aktiviti melepaskan Tang Lung pada malam kebudayaan
Jam telah menunjukkan pukul 4.00 pagi, peserta dikejutkan dengan adanya aktiviti “Night Walk”. Selapas itu, aktiviti senaman pagi diteruskan dan sarapan pagi bersama di hari terakhir kem ini.
Semasa peserta dilepaskan sewaktu aktiviti "Night Walk" dijalankan
Semasa pengakhiran aktiviti "Night Walk"
Peserta diberikan sarapan pagi, dan kemudiannya LDK terakhir “Terbang
Tunduk” dimulakan. Selepas aktiviti LDK terakhir dijalankan, peserta
kemudiannya bersiap sedia untuk acara penutupan. Upacara ini dihadiri oleh Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, SMK Methodist dan Penasihat Kelab Fasilitator Bitara UPSI Cik
Najidah Yahaya. Selepas upacara penutup dijalankan peserta bergerak ke dewan
makan untuk menikmati makanan tengah hari dan kemudiannya diberi masa untuk
mengemas tapak perkhemahan. Jam 2.00 petang peserta dibenarkan bersurai.
Anugerah peserta terbaik dan aktif lelaki diberikan kepada adik Aiman
Peserta terbaik peremuan diberikan kepada adik Aida
Cenderahati diberikan kepada guru pengiring
Sesi bergambar kenangan antara peserta dan fasilitator serta tetemu jemputan
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
“Bergerak Seiring
Menyahut Cabaran”
No comments:
Post a Comment