ANNUAL GRAND MEETING KeFB KALI KE-5
(AGM)
Assalammualaikum, Salam Bitara dan Salam ceria. Diharapkan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira.
Bersyukur ke hadrat
Illahi, dengan limpah kurnia-Nya, Annual Grand Meeting (AGM) KeFB kali ke-5
telah dilaksanakan dengan jaya dan meriahnya. Annual Grand Meeting merupakan satu aktiviti yang yang wajib dilaksanakan pada setiap hujung sidang. Majlis telah berlangsung di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI pada 27 mei
yang lalu, dengan bertemakan ‘Detektif’.
Pada malam itu telah berlangsungnya pembentangan laporan
aktiviti oleh setiausaha dan laporan kewangan daripada bendahari KeFB . Turut
dilangsungkan perlantikan barisan Majlis Tertinggi dan Exco bagi sidang
2015/2016, serta pembubaran barisan kepimpinan sidang 2014/2015.
Mari kita lihat apa yang berlaku pada AGM kali ke-5 ini..
Pendaftaran barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco Kefb.
Kehadiran tetamu kehormat dan jamuan makan bersama majlis tertinggi.
Amboi..cantiknya kakak-kakak kita ni. Sebelum makan ambil gambar dulu la.
Bismillah, dah boleh makan! Kefb dan makan tidak pernah berpisah..
Sekalung penghargaan ditujukan kepada tetamu kehormat, Encik Ismail bin Man yang sudi merasmikan majlis Annual Grand Meeting kali ke-5 ini. Turut memeriahkan majlis, penasihat KeFB, Cik Najidah binti Yahaya yang sentiasa setia untuk membimbing dan memberikan yang terbaik kepada ahli kelab. Terima kasih juga kepada ahli-ahli Kelab Fasilitator yang sudi menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis.
Amanat
dan ucapan daripada presiden sidang 2014/2015.
Tekun MT, Exco mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada orang hebat.
Tu dia,
bakal presiden sidang akan datang. Beliau merupakan setiausaha pada sidang kali ini…(^-^)
Tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan, Majlis Tertinggi dan Exco-exco yang telah dilantik untuk sidang seterusnya. Semoga kalian dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh keikhlasan dan komited. Seiring dengan motto kelab, “seiring menyahut cabaran” yang memberi semangat dan galakkan kepada barisan pimpinan untuk lebih bersungguh-sungguh. Tidak lupa juga kepada barisan pimpinan sidang 2014/2015 yang telah banyak membantu dan memberi keceriaan kepada KeFB sepanjang kita bersama. Segala pahit manis, suka duka, jatuh bangun, akan sentiasa dikenang dan dijadikan pedoman.
Tabik spring kepada pimpinan.
Indahnya hidup bersama keluarga ungu. Suka 'wefie' je..
Barisan mantan yang akan berpraktikum. Semoga dipermudahkan.
Keluarga besar Kefb.
Orang-orang kuat Kefb yang banyak memberi sokongan dan setia bersama.
Barisan kepimpinan sidang 2014/2015. Kenangan terindah bersama, akan diingati sentiasa.
Maka, dengan berakhirnya Annual Grand Meeting Kefb kali ke-5 ini, berakhirlah tampuk pimpinan sidang 2014/2015 dan bermulalah deligasi baru, sidang 2015/2016. Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama dapat dimanfaatkan dan menjadi penguat buat semua MT, Exco, Rexco dan ahli. Buat pimpinan akan datang, mantapkan prestasi, kuatkan hati, cekalkan minda, ikhlas menunaikan amanah dan yang penting, " Bergerak seiiring menyahut cabaran".
No comments:
Post a Comment