COrEtAn KaMi~~

Bergambar bersama..tapi, tak cukup korum :'(
Salam a'laik. Apa khabar semua?? Admin harap sahabat-sahabat dalam keadaan sihat dan ceria..Ada yang sakit??hurmm..jangan sedih..Syukur dan  anggap ia sebagai ujian buat diri kita agar sentiasa tabah dan sentiasa kuat untuk menempuhnya. Pada entri kali ni..admin ingin membuat sedikit coretan tentang pengalaman, kenangan, cabaran dan apa-apa sahaja perkara yang telah admin dan sahabat-sahabat lalui sepanjang kami bergelar MT EXCO KeFB sidang 2014/2015..


Bak kata orang “Tak kenal maka tak cinta”..hehe..iyaa..pada mulanya kami ditemukan dalam AGM (Annual Grand Metting) pada Mei 2014 yang lalu. Boleh dikatakan, masing-masing agak janggal untuk bergurau senda, bercakap dan sebagainya. Namun, sehinggalah kami memasang langkah dalam program yang pertama iaitu Kem Pemantapan Organisasi. Di sini segalanya bermula..~~. Bermula dengan program ini hinggalah pengisytiharan pembubaran sidang 2014/2015, amat sukar ingin admin rungkaikan satu persatu. Pahit, manis, jatuh, bangun kami sepanjang berorganisasi telah memberi kesan dalam jiwa kami agar sentiasa kuat. Tipulah jika ada pihak yang mengatakan kami “hebat” dalam semua aspek. Realitinya, ketika kami hampir rebah, NAMUN dengan adanya TEKAD, SEMANGAT KEKELUARGAAN, TOLAK ANSUR, SALING MEMBANTU dan segala ILMU yang ada..kami bangun dan kami tempuh bersama walau sebesar mana pun masalah itu. Benar.. motto KeFB “ BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN” bukan sekadar perkataan semata-mata, namun ia sudah meresap dalam jiwa kami.

Dalam organisasi ini, admin ingin sentuh sedikit..
Kami tidak diajar sekadar untuk berprogram,
Kami tidak diajar sekadar untuk meluangkan masa,
Kami tidak diajar sekadar untuk bersikap proaktif.
Namun secara tidak langsung,
Kami diajar bagaimana erti sebuah kepimpinan,
Kami diajar bagaimana seorang pemudah cara itu bersifat holistik,
Dan.. kami diajar erti sebuah KELUARGA.



Berbicara mengenai perpisahan..agak sedih bila dikenang kembali. Namun, inilah lumrah kehidupan. Setiap yang bertemu itu, pasti berpisah. Oleh itu, hargai walau sedikit masa kita dengan setiap orang yang kita pernah bertemu. Jadikan perpisahan ini bukan sekadar untuk ditangisi namun, anggap ia sebagai kekuatan untuk kita pada masa hadapan.






Di mana ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan. 
Di mana ada awal, pasti akan ada akhir. That’s life. Ketika akhir sebuah perjalanan akan menjadi awal perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi pertemuan dengan sesuatu yang baru. And that’s more about life.
Di dalam hidup, banyak orang yang datang dan pergi
Allah telah menjumpakan kita dengan orang-orang yang Dia telah gariskan dalam catatan takdir
Mereka pun datang silih berganti
Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun membekas di hati.
Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tak disadari arti kehadirannya


Ada pula yang begitu jauh di mata, sedangkan penampakannya melekat di hati.




"Setiap ada pertemuan pasti ada perpisahan, Kalau kita tidak ingin berpisah maka janganlah bertemu tapi kalau sudah bertemu, maka bersiaplah untuk berpisah dengannya."

ANNUAL GRAND MEETING KeFB KALI KE-5


(AGM)



Assalammualaikum, Salam Bitara dan Salam ceria. Diharapkan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira.

Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya, Annual Grand Meeting (AGM) KeFB kali ke-5 telah dilaksanakan dengan jaya dan meriahnya. Annual Grand Meeting merupakan satu aktiviti yang yang wajib dilaksanakan pada setiap hujung sidang.  Majlis telah berlangsung di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI pada 27 mei yang lalu, dengan bertemakan ‘Detektif’.


Pada malam itu telah berlangsungnya pembentangan laporan aktiviti oleh setiausaha dan laporan kewangan daripada bendahari KeFB . Turut dilangsungkan perlantikan barisan Majlis Tertinggi dan Exco bagi sidang 2015/2016, serta pembubaran barisan kepimpinan sidang 2014/2015.


Mari kita lihat apa yang berlaku pada AGM kali ke-5 ini..

11390057_840756105961711_1759702105679622537_n.jpg



Pendaftaran barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco Kefb.



Kehadiran tetamu kehormat dan jamuan makan bersama majlis tertinggi.



Amboi..cantiknya kakak-kakak kita ni. Sebelum makan ambil gambar dulu la.



                               Bismillah, dah boleh makan! Kefb dan makan tidak pernah berpisah..



 Kemasukan barisan VIP ke dalam dewan untuk memulakan majlis.





Sekalung penghargaan ditujukan kepada tetamu kehormat, Encik Ismail bin Man yang sudi merasmikan majlis Annual Grand Meeting kali ke-5 ini. Turut memeriahkan majlis, penasihat KeFB, Cik Najidah binti Yahaya yang sentiasa setia untuk membimbing dan memberikan yang terbaik kepada ahli kelab. Terima kasih juga kepada ahli-ahli Kelab Fasilitator yang sudi menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis.



Pembentangan laporan aktiviti daripada setiausaha agung kefb, saudari Siti Suhaila Binti Ibrahim




Amanat dan ucapan daripada presiden sidang 2014/2015.



Tekun MT, Exco mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada orang hebat.



Tu dia, bakal presiden sidang akan datang. Beliau merupakan setiausaha pada sidang kali ini…(^-^)


Tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan, Majlis Tertinggi dan Exco-exco yang telah dilantik untuk sidang seterusnya. Semoga kalian dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh keikhlasan dan komited. Seiring dengan motto kelab, “seiring menyahut cabaran” yang memberi semangat dan galakkan kepada barisan pimpinan untuk lebih bersungguh-sungguh.  Tidak lupa juga kepada barisan pimpinan sidang 2014/2015 yang telah banyak membantu dan memberi keceriaan kepada KeFB sepanjang kita bersama. Segala pahit manis, suka duka, jatuh bangun, akan sentiasa dikenang dan dijadikan pedoman.





Wajah-wajah ceria ahli Kelab Fasilitator Bitara yang akan sentiasa dirindui: 

Tabik spring kepada pimpinan.



Indahnya hidup bersama keluarga ungu. Suka 'wefie' je..



Barisan mantan yang akan berpraktikum. Semoga dipermudahkan.




Keluarga besar Kefb. 



Orang-orang kuat Kefb yang banyak memberi sokongan dan setia bersama.



Barisan kepimpinan sidang 2014/2015. Kenangan terindah bersama, akan diingati sentiasa.


Maka, dengan berakhirnya Annual Grand Meeting Kefb kali ke-5 ini, berakhirlah tampuk pimpinan sidang 2014/2015 dan bermulalah deligasi baru, sidang 2015/2016. Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama dapat dimanfaatkan dan menjadi penguat buat semua MT, Exco, Rexco dan ahli. Buat pimpinan akan datang, mantapkan prestasi, kuatkan hati, cekalkan minda, ikhlas menunaikan amanah dan yang penting, " Bergerak seiiring menyahut cabaran".

Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) Fasa 2

"Santapan Minda"

Assalamualaikum dan salam bitara, :)

Pada 17 Mei yang lalu, Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa ke-2  telah berlangsung dengan jayanya. Dengan tema “Santapan Minda” , kem ini diadakan di Dewan Konvensyen E-Learning, Aras 5, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Kem ini melibatkan 5 buah sekolah rendah ataupun sekolah kebangsaan yang menjadi sekolah angkat kepada UPSI.

Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa ke-2 pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, sesi “ice breaking” dan pelbagai slot yang lain lagi. Rupa-rupanya, adik-adik kita ni, aktif sungguh. Jenuh abang-abang dan kakak-kakak fasi . J Jom, kita lihat adik-adik kita yang comel dan aktif ni.


Para peserta tiba lebih kurang jam 8.30 lebih dan mereka terus mendaftar. Usai mendaftar, terus dijalan sesi bergambar bersama-sama sebelum memulakan aktiviti bersama-sama abang dan kakak fasi.





Para peserta menerima fail daripada kakak dan abang fasi sewaktu mendaftar.

“Adik, jaga fail elok-elok taw”


“Abang, taip nama saya comel-comel macam saya taw, hihi”




Inilah para peserta cilik Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa 2




Para peserta bergambar dengan guru pengiring dan juga fasilitator KeFB.




“Adik-adik, ikut abang dan kakak-kakak di depan ni ya”




“Ketawa sakan dik, apa yang melucukan?” Mesti gaya abang dan kakak kan.



Para peserta berkumpul bahagian luar untuk aktiviti seterusnya.


“Main pijak-pijak surat khabar pun happeningnya, jangan terpijak kaki kawan sudah”




Tadi pijak surat khabar, sekarang kita balut orang guna surat khabar pulak.

“Habis kawan dibalutnya”


Sekarang, kita lihat hasilnya. Jeng, jeng, jeng.


Hasil 1 “Fesyen untuk lelaki”



Hasil 2 “Fesyen peserta perempuan”

Aktiviti seterusnya. “Adik-adik, ikut abang-abang dekat depan ni”



Jom kita lihat, menjadi tak adik-adik kita buat.



Semua khusyuk dengar penerangan. “Tangan pun dah bersiap sedia”


“Ini versi gegurls. Comey jer.”


Sesi refleksi. “Abang Khairul, saya nak cakap apa?”


Para peserta menunggu untuk aktiviti seterusnya.

“Semua muka tak sabar nak main aktiviti seterusnya”


“Okay, jom main susun puzzle gambar”


Akhirnya, puzzle gambar pun siap.


“Dengan bertanya, pengetahuan akan lebih luas”


Pengarah Program KESB Fasa 2, tetamu-tetamu jemputan dan Presiden KeFB di majlis penutupan.


Ucapan perasmian penutupan.


Penyampaian cenderahati kepada wakil pelajar.


Penyampaian cenderahati kepada salah seorang guru pengiring.


Penyampaian cenderahati kepada perasmi.


Last pic of the day. Gonna miss you guys. Belajar rajin-rajin.


Dengan berakhirnya KESB Fasa ke-2 ini, maka selesai sudah program rasmi yang melibatkan pihak-pihak luar. Alhamulillah. Semoga kita berjumpa lagi tahun depan dengan program-program yang lebih mantap dan menyeronokkan. J Salam sayang dari kami semua.

“BERGERAK SERIRING MENYAHUT CABARAN”
ERTI SEBUAH PERSAHABATAN... UKHUWAH FILLAH




Kerap kali kita sering menyebut kata-kata ini di akhir pertemuan dengan SAHABAT-SAHABAT kita...namun..adakah kita betul-betul menghayati ape yang kita perkatakan itu...atau adakah ianya sekadar retorik semata-mata...kata penyedap telinga sahaja..


Kita menyatakan "UKHUWAH FILLAH"...tetapi adakah kita menolong sahabat kita ketika susah...atau adakah kita bersedia menjadi MENJADI PENDENGAR SETIA masalah sahabat kita itu...adakah begitu susah hannya untuk menjadi PENDENGAR SETIA ??walaupun kita tidak berupaya menyelesaikan masalah sahabat kita,namun cukuplah sekadar menjadi pendengar masalah yang baik..



Sahabat kita itu memerlukan SESEORANG untuk meluahkan perasaannya...tetapi akibat terlalu sibuk...kita kerap memberi alasan "Busylah,lainkalilah ye" ataupun "Nanti-nantilah,aku sibuk ni"..tahukah perkataan itu mungkin mengguris hati sahabat kita...pernakah kita terfikir...sahabat kita hannya meminta tidak sampai 10% masa kita dalam 24 jam untuk kita mendengar luahan mereka...



Oleh itu sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadi pendengar yang baik...ianya mungkin dapat meredakan masalah sahabat kita itu...Janganlah kita hannya pandai mengungkapkan kata-kata manis sewaktu senang,tetapi di kala susah,kita menjauhkan diri daripada sahabat kita...




Ingatlah,jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat kita...Marilah kita sama-sama menghayati kata-kata indah ini.

            Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati,
            Tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca,
            Tidak seorang pun tahu,
            Juga,tidak berubah dek masa.
            Sekejap di mata, selamanya di jiwa.



KEM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA “MENGGILAP PERMATA”


Assalammualaikum dan salam sejahtera....


Alhamdulillah. Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) fasa 1 telah berjalan dengan lancar. KESB Fasa 1 ini melibatkan 5 buah sekolah dan penyertaan para pelajar sekolah menengah sebagai peserta kem eksklusif ini ialah seramai 37 orang. Penglibatan fasilitator dari KeFB amat memberangsangkan di mana seramai 40 orang fasilitator menyertai kem eksklusif ini.

KESB fasa 1 ini berlangsung di Kem Desa Selesa bermula daripada 1 – 3 Mei 2015. Kem ini tampil dengan mengangkat tema “Menggilap Permata” sebagai “tagline” kem. Semua para peserta berkumpul di UPSI terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kem Desa Selesa. Pada hari pertama, para peserta diberikan taklimat oleh Komandan kem dan aktiviti yang dijalankan semestinya “ice breaking” dahulu dan diikuti beberapa aktiviti lain.


Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa 1 "Menggilap Permata"

Pada 1 Mei 2015 jam 3.00 petang peserta mendaftarkan diri di Bitarasiswa, UPSI. Selepas itu, pengarah program dan presiden kelab memberi taklimat ringkas kepada para peserta sebelum bergerak ke Kem Desa Selesa.


 Sesi pendaftaran peserta dilaksanakan di Bangunan Bitarasiswa



Taklimat ringkas diberikan mengenai perjalanan program



Peserta berjalan menuju tapak kem



Kelihatan ceria peseta menuju ke tapak kem dengan melalui titi gantung



Peserta bertungkus lumus mendirikan khemah mereka

Slot ice breaking dimulakan dengan aktiviti pertama iaitu “Pandang pertama”. Dalam aktiviti ini peserta dan fasilitator membuat satu bulatan besar. Aktiviti ini bertujuan untuk mengurangkan rasa kekok dalam kalangan peserta yang rata-rata tidak mengenali antara satu sama lain. Aktiviti kedua dalam slot ice breaking ialah “Sayalah Paling Popular”. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali antara satu sama lain.
            . 



Sewaktu sesi ice breaking

Selesai sahaja slot ice breaking, LDK 1 (a) “Siapakah aku” dimulakan yang dijalankan untuk pembahagian kumpulan. LDK 1 (a) telah berjaya dilaksanakan dan para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Fasilitator juga turut dibahagikan kepada setiap kumpulan untuk membantu para peserta sepanjang kem ini dijalankan. 


Nyanyian lagu tema program "Gemuruh Jiwa"



Aktiviti senamanrobik peserta dan fasilitator


Peserta diberikan energizer bagi menyuntik semangat

Aktiviti jungle trekking mengambil tempat untuk menguji ketahanan fizikal setiap peserta. Selepas jungle trekking pelajar dibenarkan untuk membersihkan diri dan bersiap sedia menunaikan solat asar. Peserta juga diberikan peluang untuk membuat persiapan persembahan bagi aktiviti malam kebudayaan yang akan dijalankan pada malam hari.

Peserta mengharungi sungai dalam aktiviti "Jungle Tracking"



Halangan daam aktiviti "Jungle Tracking"


Peserta perempuan cekal mengharungi cabaran

Pada sebelah malam peserta iaitu malam terakhir adalah Malam Kebudayaan untuk  menyerlah bakat peserta masing-masing. Peserta dijamu dengan barbeque yang disediakan khas oleh para fasilitator untuk menjamu peserta sempena malam terakhir Kem Eksklusif Fasilitator Bitara. Usai menjamu selera, aktiviti pelepasan tanglung diadakan sebagai simbolik membuang sikap-sikap negatif dalam diri peserta dan sedia untuk berubah kearah yang lebih baik. Peserta kemudiannya dibenarkan untuk masuk tidur pada pukul 12.30 pagi.



Malam Kebudayaan kumpulan "Ulat Buku" dengan persembahan sketsa dan nyanyian


Persediaan BBQ oleh AJK makanan untuk malam terakhir kem


Peserta menikmati makanan yang dimasak sendiri oleh fasilitator pada malam terakhir kem


Aktiviti melepaskan Tang Lung pada malam kebudayaan

Jam telah menunjukkan pukul 4.00 pagi, peserta dikejutkan dengan adanya aktiviti “Night Walk”. Selapas itu, aktiviti senaman pagi diteruskan dan sarapan pagi bersama di hari terakhir kem ini.




Semasa peserta dilepaskan sewaktu aktiviti "Night Walk" dijalankan


Semasa pengakhiran aktiviti "Night Walk" 

Peserta diberikan sarapan pagi, dan kemudiannya LDK terakhir “Terbang Tunduk” dimulakan. Selepas aktiviti LDK terakhir dijalankan, peserta kemudiannya bersiap sedia untuk acara penutupan.  Upacara ini dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Methodist dan Penasihat Kelab Fasilitator Bitara UPSI Cik Najidah Yahaya. Selepas upacara penutup dijalankan peserta bergerak ke dewan makan untuk menikmati makanan tengah hari dan kemudiannya diberi masa untuk mengemas tapak perkhemahan. Jam 2.00 petang peserta dibenarkan bersurai.



 Anugerah peserta terbaik dan aktif lelaki diberikan kepada adik Aiman


 Peserta terbaik peremuan diberikan kepada adik Aida



Cenderahati diberikan kepada guru pengiring


Sesi bergambar kenangan antara peserta dan fasilitator serta tetemu jemputan



Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.


 Sekian, terima kasih.

“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”