TRAIN THE TRAINERS
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Sedar tidak
sedar sekarang kita telah berada pada bulan Mei begitu pantas sekali masa yang
berlalu. Alhamdulillah, pada tarikh 15 Mac 2015 yang lalu, Kelab Fasilitator
Bitara telah mengadakan program “Train The Trainers(3T)” yang telah
dikendalikan oleh Timbalan Presiden iaitu Muhammad Iqbal bin Jaafar sebagai
Pengarah program 3T.
Program ini
dijalankan di Gua Tempurung, Gopeng Perak. “Train The Trainers” ini
dilaksanakan bertujuan melatih fasilitator agar berani menghadapi cabaran dan
berusaha untuk melakukan yang terbaik. Di samping itu, 3T ini juga bertujuan
mengeratkan ukhwah antara Majlis Tertinggi(MT), Exco dan Rexco KeFB.
Setibanya kami di kawasan Gua Tempurung, Gopeng Perak, aktiviti
pertama sebelum setiap orang memulakan ekplorasi di dalam Gua Tempurung ialah
senaman ringan bagi merengangkan otot-otot badan seterusnya membahagikan setiap
ahli kepada kumpulan masing-masing.
Senaman ringan beramai-ramai |
Pemandangan dan keadaan di dalam Gua Tempurung
Cerun curam setinggi 9 meter |
Peserta melalui lubang kecil |
Melalui halangan di dalam gua |
Program berakhir kembali di pintu masuk gua |
Pemimpin
yang berkebolehan hendaklah mempunyai keyakinan dan kesungguhan dalam diri dan
mampu untuk diteladani oleh setiap orang. Sesungguhnya aktiviti eksplorasi Gua
Tempurung ini sememangnya amat menguji warga Kelab Fasilitator Bitara
khususnya, daripada sudut ketahanan mental dan fizikal.
Oleh hal yang demikian, setiap cabaran dan rintangan yang hadir
kita hendaklah sentiasa tenang dan bijak untuk mengatasinya. Sesungguhnya untuk
melahirkan individu yang berkebolehan kita hendaklah seimbang daripada aspek
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual.
“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”
No comments:
Post a Comment