Salam ceria semua !!!

Tanggal 22 Mac 2015, buat kali keempat KeFB menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol IV dan dikelolakan oleh Ainaa merangkap Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa.


Pengisian bengkel ini adalah terbahagi kepada tiga slot iaitu Pengurusan Majlis, Protokol Meja Makan dan Urusan Surat menyurat, Kertas Kerja serta Laporan program.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Shaharuddin bin Othman dan Cik Siti Suhaila Ibrahim selaku penceramah, para peserta serta jawatankuasa pelaksana.


Sesi pendaftaran peserta
 Slot Pengurusan Majlis yang disampaikan oleh
En Shaharuddin bin Othman

Pra peserta yang khusyuk mendengar penerangan oleh penceramah
BEST kata mereka !!!

 Amali Protokol Meja Makan 

Peserta dibahagi kepada tiga kumpulan sesi amali ini

 Urusan Surat menyurat, Kertas Kerja serta Laporan program yang dikongsikan oleh Saudari Siti Suhaila

 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan

Gambar kenangan bersama tetamu jemputan bersama para peserta.


Moga ilmu yang dipelajari dalam bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk masa akan datang.

"Bergerak seiring menyahut cabaran" 

No comments:

Post a Comment