BUDAYA KERJA CEMERLANG LAMBANG KEPERIBADIAN SESEBUAH ORGANISASI

Program Bengkel Budaya Kerja Cemerlang untuk MT, EXCO dan REXCO pada 28 Februari 2015, sabtu bertempat di Bilik Mesyuarat FSK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel Budaya Kerja Cemerlang ini diadakan untuk mendedahkan kepada peserta dalam bidang kesetiausahaan seperti surat-menyurat, penyediaan kertas kerja dan laporan, serta cara menulis email dengan betul.

                                                          Sesi pendaftaran peserta

Program ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar tetang penyediaan kertas kerja yang mengikut serta surat-menyurat mengikut format yang sebenar dalam bidang pengurusan kelab dan organisasi.Peserta sekaligus mempraktikkan apa yang diajar dalam bengkel tersebut agar dapat memberi lebih kefahaman.
                                                 Peserta diberi pendedahan secara teori
                                             Daripada teori peserta mengaplikasikannya.

                                            Peserta bergambar bersama AJK Pelaksana

Diharapkan peserta mendapat sesuatu yang berguna melalui bengkel ini dan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan dimasa akan datang. Selamat maju jaya.

                                             "Bergerak seiring Menyahut Cabaran"




No comments:

Post a Comment