Fasilitator adalah seseorang yang membantu sekelompok orang memahami tujuan bersama mereka dan membantu mereka membuat rencana guna mencapai tujuan tersebut tanpa mengambil posisi tertentu dalam diskusi.
Beberapa fasilitator akan mencoba untuk membantu kelompok dalam mencapai konsensus pada setiap perselisihan yang sudah ada sebelumnya atau muncul dalam rapat sehingga memiliki dasar yang kuat untuk tindakan di masa depan.Dalam erti kata lain,Fasilitator adalah pemudahcara.Sebagai guru juga kita seharusnya menerapkan gaya fasilitator dalam cara pengajaran kita bagi memudahkan pelajar memahami apa yang kita sampaikan dengan lebih mudah.
Di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Kelab Fasilitator Bitara atau KeFB berperanan dalam melahirkan bakal guru yang ingin menjadi hebat dalam menguruskan diri dan ahli yang lain.Bidang Fasilitator ini sekaligus memberi pendedahan awal kepada ahli KeFB khususnya bagi menjadi seorang guru yang berwibawa.
Terdapat beberapa sorotan aktiviti KeFB yang banyak melahirkan kesan positif dalam diri pelajar atau bakal guru suatu hari nanti,antaranya ialah:
Program kebajikan
(Rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim)
Program yang menguji ketahanan Mental Fizikal
(Train The Trainer)
Program Amal
( Tabung Pelarian Rohingya)
Kebanyakkan Program yang dijalankan mendedahkan pelajar dengan masyarakat luar kerana peranan guru pada suatu hari nanti bukan sahaja pada pelajar malahan pada masyarakat dan negara.Semoga Kelab ini menjadi Platform kepada para pelajar untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.
KeFB juga telah diiktiraf dalam beberapa pencapaian peringkat
Universiti pada "Malam Anugerah Keterampilan Pelajar 2014"