MY HARAPAN YOUTH TOUR 2014

Assalamualaikum dan Salam Bitara everyone !!

how's your day? everythings  gonna be okay ? so far, dalam kesibukan kita belajar dan berkuliah, kita juga perlu luangkan masa untuk diri kita dengan menyertai program-program ilmiah bagi santapan rohani kita right ??

dalam kita bersantai-santai, kami ingin menceritakan program kami yang telah dilaksanakan pada 27 & 28 November 2014 yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Kampus Sultan Azlan Shah , Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini merupakan program "MyHarapan YOUTH TOUR 2014" anjuran KeFB dengan Kerjasama MyHarapan dan PTPK. Bertujuan untuk membangunkan projek- projek sosial oleh guru pada masa hadapan yang memberi faedah kepada komuniti di mana mereka akan ditempatkan. Selain itu, program ini juga dapat menyediakan platform dalam mewujudkan kesedaran mengenai peluang-peluang yang ada dan sokongan yang disediakan oleh myHarapan. 

Untuk pengetahuan kalian, program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan guru pada masa hadapan tentang peranan mereka di dalam masyarakat melalui pengajaran dan penglibatan mereka dalam projek-projek sosial.

Selain itu, ia menggalakkan penglibatan mahasiswa/wi dalam projek-projek sosial melalui dorongan MyHarapan.


pada hari pertama bersamaan dengan 27 November 2014


 
 Para peserta mendaftar sebelum program berlangsung.
 * amboii menyempat lagi yer ajk pendaftaran ;)





  
 Slot disampaikan oleh Madam Shila.
*khusyuk peserta mendengar aihh 






Aktiviti ‘Ice-Breaking’ sedang berlangsung.
*amboi ni nak buat keretapi ker ha ??




 
Para peserta menyiapkan tugasan yang diberikan
* wahh tekun dan tekun sekali berbincang .





Pembentangan hasil kerja dilakukan setiap kumpulan.
* wahhh cantik hasil kerja  ngeee ;)






                        Penyampaian ‘ Lucky Draw ‘ kepada peserta yang bertuah


pada hari kedua bersamaan dengan 28 November 2014





Barisan penguji menilai hasil pembentangan dari peserta.



         


Sesi pembemtangan dari peserta.






      Sesi bergambar keseluruhan bersama para peserta dan wakil Myharapan.

melalui prorgram ini, banyak input yang kami perolehi daripadanya . tahniah juga tidak terhingga kepada pihak MyHarapan, AJK pelaksanaan dalam menjalankan program ini dan tidak lupa juga kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa menyertainya .

 sekadar  itu sahaja dari admin =P admin harap kalian jagan segan silu yer follow blog kami ini. pelbagai program yang lebih menarik akan kami kongsi dengan kalian semua pada masa kan datang.
 

dannn

 jangan lupa yerrr tagline kami :)


" BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN "



Assalamualaikum dan salam Bitara J

“What we do for ourselves dies with us, what we do for others remains and is immortal “.
[Albert Pike]

Pada hari Ahad, 23 November 2014, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) di bawah Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menjayakan satu program iaitu Message Form Heart (Pesanan Dari Hati).

Message From Heart ini merupakan program khidmat masyarakat terutama dalam kalangan mahasiswa UPSI untuk melatih diri dalam melaksanakan khidmat komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggilap nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mahasiswa.

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua dan Rumah Amal Limpahan Kasih telah dipilih untuk ahli-ahli KeFB menjalankan amanah khidmat komuniti. Sedikit tambahan, seminggu sebelum program Message From Heart dijalankan, pihak AJK pelaksana telah mengadakan kutipan barang terpakai untuk dijual dan juga menjalankan kutipan derma di Pintu Timur dan juga di kolej-kolej kediaman.

Sumbangan yang diperoleh menerusi kutipan derma dan barang terpakai ini, akan diserahkan kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA


Antara peserta lelaki yang pergi ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua
*yang bertopi tu, khusyuk lihat ke tempat lain…hurmm


Bergotong-royong membersihkan kawasan luar rumah jagaan.


Iqbal dan Hafiz memasang poster program,
*semangat Iqbal memeluk pokok kelapa……


Pengarah program sedang berbual dengan salah seorang penghuni rumah jagaan.


Stok makanan yang disumbangkan oleh NGO dan orang perseorangan
*telan air liur nampak stok makanan…..budak U jer tahu apa dalam hati, ….


Peserta lelaki beramah mesra dengan penghuni lelaki rumah jagaan J


Kemesraan terpancar di wajah salah seorang penghuni rumah jagaaan tersebut.


Sesi mengemas dan melipat stok pakaian yang didermakan
*lipat baju bagi habis semua, kalau tak, jangan balik UPSI


Penasihat kelab sempat turun melawat bersama para pelajar
*semua khusyuk mendengar penerangan Cik Najidah kita…


Sesi bergambar dan penyerahan sumbangan kepada pengurus Rumah Jagaan.


RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH


Para peserta yang pergi ke Rumah Amal tersebut.
*Fuhh, semangat bergambar masing-masing…


Penerangan oleh AJK Aktiviti kepada para peserta
*Wahh, mesti seronok aktiviti yang dijalankan.


Antara para penghuni Rumah Amal tersebut.


Sesi ramah mesra dengan penghuni Rumah Amal.
*Semuanya fokus terhadap apa yang ingin disampaikan, wahh…bagus, bagus


Kawasan semaian Rumah Amal J


Peserta membersihkan kawasan Semaian Pokok Limpahan Kasih
*cari apa cik adik? Ulat bulu ker? Hehe….


*Nak tangkap ayam buat rendang ker?


Para peserta membersihkan kawasan sangkar ayam.


*Semangatnya membersihkan kawasan sangkar ayam, hehe


Timbalan pengarah sedang berbual...
*nampak kamera, terus pusing..


Sesi mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga selepas menyiapkan hidangan tengah hari.
*Gosok, jangan tak gosok, gosok


Sempat lagi bergaya sambil memasak,
*Only in KeFB


Pengurus Rumah Amal memberi ucapan


Sesi penyerahan sumbangan dan dana untuk Rumah Amal
*Cik Najidah ada di sini pulak, haipp….hehe


Sesi bergambar di antara para peserta dan penghuni Rumah Amal.

Kesimpulannya, program Massage From Heart ini sebenarnya banyak membuka mata dan minda kita bahawa, walaupun hidup kita kelihatan susah, tetapi hakikatnya, ramai insan yang lagi susah daripada kita. 

Jangan kita selalu tanya, kenapa aku? Kenapa bukan dia? Kenapa mesti aku?Jawapannya, "why not me" Kenapa bukan aku yang terima sebegitu? Bukankah kita kuat, bukankah aku kuat untuk hadapi semua ni. Oleh itu, hargailah kedua ibu bapa dan jadilah anak-anak yang membalas jasa ibu dan ayah kelak. Bolehkan? :) Marilah kita berlumba-lumba membuat kebaikan. 

Firman Allah Ta’ala,

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kalian (berbuat) yang terbaik. Di mana saja kalian berada pasti Allah akan mengumpulkanmu semua (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Al-Baqarah [2:148].


Assalamualaikum & salam bitara.... :)

Peperiksaan akhir semakin menghampiri setelah 14 minggu berhempas pulas melalui pelbagai onak dan duri dalam menuntut ilmu. Perjuangan masih belum tamat. Bukan mudah untuk menggapai sebuah kejayaan dan impian dalam hidup. Usaha, usaha, dan usaha masih belum cukup jika terlupa meletakkan doa dan tawakal berjalan seiring. Siapa pun kita, setinggi mana kedudukan kita jangan pernah berasa sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa. Sehinggakan tidak ada apa yang boleh dibanggakan atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, jika kita seorang pelajar maka berusaha dan belajarlah sehingga peringkat yang tertinggi.

 


Jadi, di sini ada beberapa panduan supaya kita berjaya dan terus maju.

1.    Letakkan matlamat dan sasaran setinggi mungkin.

Berusaha tanpa mengenal erti jemu dan cabar diri untuk bersungguh-sungguh capai impian walau berkali kita terjatuh dan tersungkur.
2. Perlu ada sedikit rasa cemburu dengan kejayaan orang lain.

Rasa cemburu perlu ada supaya kita lebih bermotivasi untuk berjaya lebih-lebih lagi pada rakan yang seusia kita tetapi sudah berada dalam kedudukan yang luar biasa jaya. Rasa cemburu yang positif dapat melahirkan persaingan yang sihat.

3. Jadikan diri sebagai yang luar biasa.

Luar biasa lebih dari yang biasa. Apabila kita melakukan sesuatu, lakukan dengan dua kali ganda kesungguhannya, dan lebih kuat dari yang biasa boleh lakukan.

4. Usaha menjadikan hari ini adalah hari yang terindah dan bahagia.

Pasangkan niat supaya hari ini hari yang bahagia buat diri. Sematkan dalam hati hari ini adalah hari yang paling indah. Hari-hari yang indah akan memudahkan kita untuk menggapai impian. Feel good!!!

 

 

 

 




 

 
 
Assalamualaikum w.b.t.. Salam Sejahtera, Salam Bitara, Salam Perpaduan, 
Salam Satu Malaysia..:)

Kebanyakan ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) adalah terdiri daripada remaja, dan pada usia remaja inilah banyak yang dipelajari untuk membentuk sahsiah dan keperibadian diri seseorang individu. Pada kali ini pengisian blog adalah berkaitan psikologi remaja yang bertajuk:

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI…

Saban hari kita selalu merungut tidak cukup itu dan ini,
pernahkah sekalipun terfikir kehidupan masyarakat yang susah?
sedangkan tanpa disedari semua yang dikehendaki sering dipenuhi,
hanya kita yang tidak pandai menghargainya.
oleh itu, didiklah diri untuk menghargai apa yang dimiliki agar tidak menyesal di kemudian hari. 

BEBERAPA TIPS UNTUK MENGHARGAI DIRI, IBU BAPA,
TEMAN DAN MASA DEPAN

I) HARGAILAH DIRI

Manusia sering membandingkan dirinya dengan orang lain (cth: dia cantik, aku hodoh; dia kurus, aku tidak) seharusnya kita sedar bahawa biar apapun kekurangan yang dimiliki, belajarlah untuk bersyukur dan hargai diri. Sekurang-kurangya dirimu telah dicipta oleh-Nya dengan sebaik-baiknya dan lengkap dengan anggota tanpa ada sebarang kekurangan. Maka tidak perlulah merungut, sebaliknya bersyukur dan hargailah dirimu dengan menjaga diri agar sentiasa sihat dan apa yang diimpikan dapat dilaksanakan. 



II) HARGAI ORANG TUAMU
Jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya amatlah besar sehingga tidak terbalas. Kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan, dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada anaknya selain daripada anaknya menghargai dan mengingati jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan untukmu dengan mengecapi kejayaan yang diimpikan dan menjadi anak yang baik.
   
 



III) HARGAILAH TEMAN-TEMANMU
Dalam berkawan pasti akan ada pelbagai karenah dan ragam teman-teman sekeliling, sampai kadang-kala mungkin mengguris hati. Namun terimalah setiap kekurangan teman itu dengan seadanya, kerna di situlah akan wujudnya perbezaan dan persamaan antara satu sama lain. Hargailah setiap teman yang ada disekeliling, kerna susah dan senang pasti akan diharungi bersama. 

                    



IV) HARGAILAH MASA DEPANMU
Setiap insan mahukan kehidupan pada masa hadapan dengan kecemerlangan, serta menggapai cita-cita dan kejayaan yang diimpikan selama ini. Maka, gapailah kejayaan dan hargailah dirimu dengan pengorbanan demi masa hadapan yang lebih baik. Dengan usaha yang dilakukan pasti akan membuah hasil, kerna tidak mungkin kejayaan akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Hargailah masa depanmu dengan sebaiknya bermula daripada sekarang.