Tahniah dan selamat datang bagi Pelajar Baharu Ambilan
September sesi 2014/2015 serta selamat kembali ke Pangkuan Ibu kandung Suluh
Budiman
14
September 2014 yang lepas , MT dan Exco telah menghadiri Kem Pemantapan
Organisasi KeFB bertempat di Escape Adventure Theme Park, Teluk Bahang, Pulau
Penang. Sesi pagi dimulakan dengan
taklimat oleh Cik Najidah Binti Yahaya selaku penasihat KeFB dan saudari Nur
Farihah Binti Dzulkifli selaku pengarah program mengenai keselamatan dan
perjalanan program. Sebelum memasuki tempat tersebut, para peserta beratur
untuk mengambil tagging masing-masing.
Slot 1 iaitu Team play
dimulakan. Slot ini dilakukan secara berkumpulan bertujuan untuk merapatkan
lagi ukhuwah sesama peserta. Ketahanan mental dan fizikal para peserta sangat
tercabar apabila peserta memulakan aktiviti mereka di Go Ape. Pelbagai
reaksi kami ketika membuat aktiviti tersebut. Aktiviti ini diceriakan lagi
dengan sorakan sokongan sesama peserta. Namun, hanya terdapat segelintir sahaja
peserta yang tidak dapat melakukan aktiviti ini atas kekangan yang tertentu.
Fong sedang beraksi |
Selesai
sahaja aktiviti di Go Ape, peserta kemudiannya bergerak secara
berkumpulan ke Flying Lemur. Kami telah memanjat bukit setinggi lebih
kurang 30 meter dengan menaiki anak tangga yang telah disediakan dan dikehendaki
bergayut dari pokok ke pokok sejauh 139 meter dan terdapat empat kali gayutan.
Setiap kami yang naik, tidak boleh berpatah semula. Debaran jelas terpancar di
wajah masing-masing apabila melihat ketinggian Flying Lemur. Namun, dengan
adanya semangat dan sokongan moral, kesemua MT Exco berjaya mengharungi cabaran
tersebut.
Sebelum berehat, kami
meneruskan aktiviti di Jungle Swinger dan Balance Beam. Aktiviti
ini memerlukan ketahanan dan fizikal dan mental pemainnya. Sokongan padu yang
kuat membuatkan beberapa orang dalam kalangan kami untuk mencuba, akhirnya
berjaya melepasi cabaran tersebut. Pada jam 12.45 petang, para peserta
berkumpul di kafeteria untuk makan tengah hari dan solat Zohor.
Sebelah petangnya, kami menyahut
cabaran di Monkey Business. Di Monkey Business ini peserta
memerlukan tahap keberanian yang tinggi, kekuatan tangan, kekuatan mental dan
sebagainya. Terdapat tiga level iaitu level 1 untuk mudah, level
2 dan 3 pula tahap sederhana dan susah. Sebelum bermain, kami diwajibkan
untuk memakai sling belt, dan kasut untuk tujuan keselamatan. Penerangan diberikan dengan terperinci oleh staff
yang bertugas. Kami kemudiannya boleh memilih untuk menaiki mana-mana
level yang telah disediakan mengikut kemampuan. Riak muka peserta
masing-masing takut, gelisah dan sebagainya terpancar apabila melihat
pelancong-pelancong yang lain sukar untuk melepasi beberapa halangan. Namun,
kekuatan dalaman menyebabkan sifat-sifat negatif tersebut berjaya diatasi dan
akhirnya para peserta berjaya mengharungi kesemua cabaran mengikut level yang
dipilih.
Syifaa menyahut cabaran monkey business |
Seterusnya, kami juga
berpeluang untuk mencuba pelbagai lagi aktiviti yang menarik dan mencabar.
Antaranya ialah Atan’s Leap dan A-Maze. Bagi aktiviti Atan’s
Leap para peserta perlu menaiki tangga setinggi 20 meter. Setelah diberikan
penerangan dengan teliti, ketakutan jelas di wajah masing-masing apabila
peserta kemudiannya bersedia untuk membuat terjunan. Selepas siren dibunyikan,
peserta membuat terjunan dengan pelbagai aksi yang mencuit hati. Bagi aktiviti A-Maze,
para peserta dikehendaki melepasi beberapa halangan untuk mencari jalan keluar.
Aktiviti ini amat mencabar kesabaran dan kepekaan para peserta. Walaupun berseronok, tetapi harus ingat, objektif tercapai
kerana ingin melihat ukhwah diantara MT dan Exco semakin rapat. Semoga
berkekalan ukhwah ini.
Kenangan terindah kami di Escape Penang |
Mengabdikan gambar kenangan di Escape Penang |
Terdahulu,
pada 10 dan 11 September telah dilangsung pembukaan kaunter pengambilan ahli
baharu sekaligus pembaharuan ahli nama di Pintu Timur, Kampus Sultan Abdul
Jalil. Sambutan amat mengalakkan. Pada 16 September pula akan diadakan satu
sesi temudaga ahli baharu oleh Penasihat KeFB, Cik Najidah.
Hari temuduga bagi ahli baharu sesi 2014/2015 |
No comments:
Post a Comment