Program Kepimpinan bersama SMK Bandar Baru,Seri Petaling

Pada 27 september 2014 Kelab Fasilitator Bitara upsi telahpun menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling. Pada kali ini program yang kami adakan adalah bertemakan kepimpinan. Program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Pada awal sebelum slot program bermula salah seorang daripada bahagian Perancangan Korporat UPSI iaitu En.Bazli telah memberikan sedikit kata aluan dan menerangkan kepada semua pelajar dan guru mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris (upsi) dan video korporat juga ditayangkan pada ketika itu.

Seterusnya bermulalah program pelajar SMK Bandar Baru,Seri Petaling bersama fasilitator. Bertempat di Dewan Kuliah M,bagi sesi pagi slot 1 dimulakan. Aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking yang dikendalikan oleh saudari syifa. Aktivi tersebut berjalan dengan lancar dan pelajar memberikan respon kerjasama yang sangat baik.

Kemudian slot 2 diteruskan dengan penyampaian ceramah kepimpinan yang dikendalikan oleh saudari hayati. Ceramah kepimpinan tersebut menekankan berkenaan pentingnya seseorang individu itu untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan berpandangan jauh. Saudari hayati juga berkongsi dengan pelajar tentang penting juga untuk memiliki ciri kepimpinan yang secukunya agar apabila kita menjadi pemimpin kita menjadi pemimpin yang mempunyai multi skil dan kemahiran komunikasi yang cemerlang.

Sesi petang dijalankan di bahagian ruang legar Bitarasiswa. Sebelum slot 1 sesi petang dimulakan pelajar diberikan masa untuk rehat dan menunaikan solat bagi pelajar muslim. Slot 1 dimulakan dengan aktiviti Buta Pedoman yang dikendalikan oleh saudara Faesyam. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji dan melatih kepekaan pelajar dan memupuk sikap boleh menerima kekurangan diri dan orang lain. Hal ini kerana dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada kelompok-kelompok yang menjadi orang buta, orang pekak dan orang bisu. Mereka dikehendaki berkomunikasi antara satu sama lain untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh fasi. Aktiviti ini sangat menguji kemahiran komunikasi dan kekreatifan para pelajar. 


LDK 1 : Buta Pedoman yang dikendalikan oleh Saudara Faesyam



Fasilitator membantu peserta menutup mata dengan helaian kain



Selesai sahaja aktiviti Buta Pedoman sebentar tadi,slot 2 pula diteruskan oleh saudara Hafiz dengan aktivitinya iaitu Nyawa dihujung jari.Aktivi ini mendedahkan pelajar untuk berani mengambil risiko dan sanggup untuk menanggungnya. Pelajar akan bertindak untuk menetapkan sendiri ketua tanpa diarahkan oleh fasilitator dan membuat keputusan mengikut ketua masing-masing. Disini kita dapat mengukur tahap kepimpinan dan kerjasama antara pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh fasi.


LDK 2: Nyawa di hujung jari

Akhir sekali majlis penutupan berlangsung pada pukul 4 petang. Majlis penutupan tersebut dihadiri oleh guru kanan sekolah smk Bandar Baru,seri petaling dan penyerahan cenderahati disampaikan kepada wakil bahagian korporat upsi dan presiden kefb iaitu Mc liy Adrian.
























Penyerahan cenderahati SMK Bandar Seri Petaling oleh guru pengiring

Sebelum pelajar smk Bandar Baru,seri petaling bertolak pulang, para fasilitator mengambil gambar beramai-ramai dihadapan Bitarasiswa bersama guru dan pelajar. Para pelajar pulang dengan gembira walaupun kelihatan penat namun kami fasilitator berharap pertemuan yang singkat ini dapat memberikan input yang berkesan untuk dimanfaatkan oleh pelajar di masa akan datang dan yang penting kenangan bersama adik-adik tidak akan kami lupakan.


Sesi fotografi bersama peserta, guru dan fasilitator


No comments:

Post a Comment