PENGAMBILAN AHLI BARU KELAB FASILITATOR BITARA

Assalamualaikum w.b .t. dan salam sejahtera....alhamdulillah..rasanya masih belum terlambat untuk kami, AJK Tertinggi Kelab Fasilitator Bitara mengucapkan Selamat Kembali Berkuliah kepada semua ahli kelab serta pembaca blog ini. Admin yakin, dengan sesi yang baru, anda semua telah kembali dengan semangat baru serta azam baru untuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang pada sesi kali ini.

Kelmarin,13/9/2012, KeFb telah membuka kaunter pendaftaran semula ahli lama @ RENEW. Lebih 100 ahli kelab telah mendaftar semula keahlian mereka, dan ini sangat membanggakan kami kerana anda masih sudi bersama kami dalam sesi kali ini. Anda telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk terus bersama kami, dan TAHNIAH admin ucapkan. 

Bermulanya sesi baru, maka bermulanya pencarian fasilitator-fasilitator baru Kelab Fasilitator Bitara. Pendaftaran ahli baru kelab akan diadakan seperti yang tertera pada poster di bawah. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator, berminat untuk mendalami ilmu sebagai seorang fasilitator, sila hadirkan diri anda pada tarikh-tarikh berikut. 


Kehadiran anda dalam Kelab Fasilitator Bitara amat dialu-alukan. Itu sahaja post admin pada kali ini. 
Sekian. Wasalam..


No comments:

Post a Comment