AMANAH! JANGAN HANNYA DI BIBIR

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bermula semester yang baru, terbentang panorama yang berbeza, terlayar kembali kisah suka duka, pahit manis bergelar pelajar. Sudah genap seminggu kita berkuliah bagi pelajar-pelajar ISMP. Para pensyarah sibuk menerangkan tentang tugasan, tutorial, kuiz dan ujian. Itu adalah satu lumrah.

            Tatkala dihimpit dengan kepadatan kelas, admin terpanggil untuk berkongsi tentang satu sifat mulia Rasulullah s.a.w, nabi yang dicintai, insan yang dirindui, iaitu sifat amanah. Kenapa agaknya sifat ini yang ingin dikongsikan bersama-sama walhal semua sedia maklum. Apakah selama ini admin tidak tahu tentang amanah? Eh, admin ni biar betul!

            Iya, betul. Memang semua sedia maklum namun sudah arifkah anda tentang sifat ini? Betulkah anda seorang yang amanah? Sejauh mana anda amanah? Hah! Persoalan inilah yang selalu berlegar dalam benak fikiran admin. Jadi dengan peluang di depan mata ingin admin berkongsi pendapat dan pandangan dengan kalian.

            Amanah itu bermaksud betul-betul boleh dipercayai. Okey, sekarang kita kecilkan skop kita kepada kehidupan sebagai pelajar sebab itu adalah dunia kita buat masa ini. Mari kita cermin diri, tatkala pensyarah telah memberikan tugasan, adakah kita mengerjakannya dengan betul? Maksudnya kita buat kerja la, bukan apa terlalu banyak istilah ‘sleeping partner’ keluar daripada mulut pelajar apabila buat kerja kumpulan.

            Satu lagi fenomena adalah berkaitan  ‘student’s attendance’. Pernahkah kita tolong tandatangan bagi pihak kawan sedangkan dia tidak hadir? Aduh, kena sebijik! Kadang kala kita tidak sedar kita tidak menghayati kehidupan beramanah. Pada hari pertama kita menjejakkan kaki di institut pengajian tinggi dengan diiringi oleh ibu bapa dan keluarga, kita telah diberi satu amanah oleh mereka.

           “Kak long, belajar rajin-rajin. Kak longlah harapan mak ayah. Boleh ubah kehidupan kita.   Boleh tolong adik-adik kau.”
            “Adik belajar elok-elok. Jangan nak melaro je. Mak abah bangga dengan adik. Adik buat yang terbaik ye.”

Dan bermacam-macam lagi gelaran yang diberikan kepada kita. Betapa ibu bapa kita bangga dengan kejayaan kita walaupun baru je menjejakkan sebelah kaki ke kawasan universiti, tak tentu dapat grad atau tidak, tak pasti kalau bergraduate dengan pointer yang baik atau tidak.

            Itu belum masuk lagi benda lain. Apa yang lain tu anda fikir-fikirkanlah sendiri. Kerana itu lebih baik buat anda dalam mengenal diri anda. Okeylah, lama pula admin berceloteh. Akhir kata, renung-renungkan dan ambillah apa yang baik dan buangkanlah apa yang tak elok. Sekian, wassalam…




No comments:

Post a Comment