Kita sering melihat kebiasaan yang membimbangkan apabila cinta dan cita-cita tidak dapat
difahami dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Cinta sentiasa diletakkan pada tempat yang
salah, manakala cita-cita tulen pula hanyalah sampingan yang tidak diperlukan
dalam mentaliti masyarakat kini.
Cinta merupakan sebuah perasaan
semulajadi yang Allah S.W.T. telah
tetapkan dalam setiap jiwa mahkluk
bernyawa iaitu dalam kalangan manusia, jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan .
Cinta ialah perasaan jiwa seperti
kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga
bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu.
Apabila seseorang bercinta maka
akan terpancarlah tanda-tanda cinta pada dirinya, segala pemikiran, tumpuan dan
tingkah laku akan cenderung kepada yang dicintai, hati akan sentiasa mengarah
kepadanya, wajah sentiasa tersenyum dek kerana melihat dan mendengar
pertuturannya manakala perlakuan pula akan berubah elok bila berhadapan dengan
yang dicintai.
Allah S.W.T. mengisi hati manusia
dengan cinta, maka cinta itu boleh
menerima perubahan ke beberapa jenis dan ketegori kerana ia mengikut
sifat hati yang sentiasa berubah.
Cinta
yang bahagia itu boleh menjadi hina apabila cinta itu ditujukan kepada Makhluk
bagi melepaskan nafsu yang memendam di dalam jiwa tanpa sebarang persetujuan
Allah dan Rasulnya. Cinta jenis ini boleh membawa manusia ke ladang maksiat dan
kebinasaan di akhirat kelak, bahkan kes-kes jenayah juga akan meningkat,
bilangan remaja yang terjebak akibat
akan mengandung tanpa ikatan yang sah, bahkan anak yang dikandung itu
mungkin saja akan dibunuh mahupun dibuang, kes rompakan akan berleluasa didalam
setiap peringkat umur dan situasi pekerjaan, penyelewengan harta dan pangkat
pula amat membimbangkan.
Malangnya, cinta jenis ini sudah
tersebar luas dalam kalangan masyarakat
umumnya khusunya umat Islam. Sedangkan cinta jenis ini hanyalah cinta
tipuan dan bayangan, ianya akan hilang pada masa dan waktu yang telah
ditetapkan Allah SWT.
Cinta
jenis ini pula adalah sebuah jenis cinta yang tidak punya matlamat dan
perancangan. Si pecinta hanya bercinta
kerana trend semasa yang mendesak.
Apabila si pecinta melihat ramai rakannya mempunyai pasangan, maka dia
juga ingin demikian, bila si pecinta melihat orang memakai pakaian yang mahal
dan berjenama, maka dia juga ingin sedemikian, bercinta kerana orang lain. Ini
bukanlah sebuah cinta yang suci dan sejati malahan cinta jenis ini lansung
tiada nilai dalam agama Islam.
Malangnya cinta jenis ini sentiasa
digabungkan dengan cinta hina akibat kejahilan dan pendeknya pemikiran
masyarakat dunia kini, cinta ini juga dikenali sebagai cinta monyet, cinta
kontrak dan cinta kolej.
Allah
SWT mencipta cinta adalah untuk ianya menjadi mulia dan disanjungi. Maka cinta
sorang hamba kepada Tuhannya, cinta umat kepada Rasulnya, cinta si anak kepada
ibu bapanya, cinta muslim kepada ummahnya, cinta suami kepada isterinya
merupakan cinta yang diiktiraf oleh Allah dan Rasulnya, bahkan cinta jenis ini
amat membahgiakan. Si pecinta akan merasa kemanisan percintaan dalam
kehidupannya, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Setiap jiwa yang
mempunyai cinta jenis ini akan sentiasa bangun membela agamanya, mempertahankan
Kalam Tuhannya , membenteng sunnah Rasulnya dan
akhirnya akan membentuk sebuah Generasi Musim Berkualiti.
Malangnya, cinta jenis ini terlalu
sedikit pada masa kini, manusia tidak lagi berahi dengan nikmat syurga yang
menanti si pecinta. Inilah cinta yang dilupakan dan dilemparkan jauh dari
kehidupan manusia
Bagaimana
pula dengan cita – cita ?
Cita-cita merupakan sebuah matlamat
dan impian yang ingin dicapai oleh seseorang bagi memuaskan kehidupannya.
Fitrah cita-cita menagih 1000 kepayahan dan pengorbanan . Cita-cita muslim
adalah untuk mendapatkan redha Tuhannya, menjadi hamba yang taat dan berjaya
kembali ke taman asalnya yakni Firdausi..
Kesimpulannya, cinta dan cita-cita
muslim mempunyai kaitan yang amat rapat. Cinta mulia dan suci murni
berlandaskan kehendak Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kurnia dari Allah SWT,
Sang Pencipta Cinta. Bila cinta mulia berjaya dicapai dan digenggam kejap, maka
cita-cita kembali ke syurga bersama redha Allah swt akan menjadi kenyataan,
bukan lagi fantasi.
Allah berfirman bermaksud :
Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
*Sumber : Syihabudin Ahmad
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Kelab Fasilitator
Bitara.