ABOUT US

Ini adalah laman blog rasmi bagi KELAB FASILITATOR BITARA UPSI (KeFB). Laman ini merupakan medium khas untuk kami paparkan pelbagai aktiviti menarik yang telah dan akan kami jalankan. Selain itu, kami juga bersedia untuk berkongsi ilmu disamping menerima teguran dan kritikan membina daripada para pembaca bagi memantapkan lagi KeFB. KeFB merupakan kelab yang baharu ditubuhkan di UPSI dan diketuai oleh Mohd Raziman Bin Abd Rahman serta penasihat yang berkaliber lagi berkarisma iaitu Cik Najidah Bte Yahya.







Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) UPSI telah mula ditubuhkan pada 14 Julai dan telah didaftarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011. Asas penubuhan kelab ini adalah hasil daripada pemerhatian terhadap kurangnya penguasaan kemahiran insaniah dalam diri para mahasiswa/i UPSI. Pada peringkat awal penubuhan, KeFB ini telah melaksanakan beberapa bengkel secara bersiri dengan bermodalkan yuran daripada ahli kelab sahaja. Namun, dengan kekuatan yang sedia ada ini, KeFB telah berjaya melaksanakan beberapa program bukan sahaja di dalam universiti, malah di beberapa daerah di negeri Selangor dan hampir keseluruhan daerah di negeri Perak.






1) Mencungkil dan mengembangkan bakat kepimpinan dalam kalangan ahli KeFB.
2) Mendedahkan dan memberi pengalaman kepada ahli KeFB untuk berkomunikasi, mengelola dan mengendalikan sesuatu program.
3) Memperkasa kemahiran-kemahiran insaniah kepada setiap ahli KeFB.
4) Membantu pihak HEP dalam setiap program jabatan dan universiti.
5) Mewujudkan integrasi kaum dalam kalangan mahasiswa/i UPSI.






Menjadi kelab yang eksklusif dalam melahirkan generasi bitara yang berketrampilan unggul.






1) Menjana modal insan yang seimbang dari aspek JERIS.
2) Menyediakan golongan pemimpin yang mampu menguasai segala aspek dalam kemahiran insaniah.
3) Menjadi medan kepada mahasiswa dalam mengasah bakat, kebolehan dan kekuatan diri dalam menjadi seorang guru yang berkaliber.
4) Menjadi sumber rujukan kepada segenap lapisan mahasiswa dalam menggerakkan agenda universiti.









PERLEMBAGAAN KELAB


FASAL 1
NAMA DAN ALAMAT KELAB
Nama : Kelab ini  dikenali dengan nama “Kelab Fasilitator Bitara” dan akan dipanggil sebagai “KeFB”.
Alamat : Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,
              Universiti Pendidikan Sultan Idris,
              35900, Tanjung Malim ,Perak.
FASAL 2
Warna : Ungu : cita-cita dan luar bias
             Hitam : keterampilan menarik
             Putih : ketenangan dan ketulusan
 Gabungan warna : ketenangan dan ketulusan melahirkan keterampilan menarik dan luar biasa dalam    menggapai cita-cita.

Logo

FASAL 3
Cogankata : KEUNGGULAN MELAHIRKAN GENERASI BITARA
Menurut pindaan: BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN

FASAL 4
Bahasa  : Bahasa yang digunakan dalam semua mesyuarat KeFB, surat menyurat dan sambutan atau perayaan ialah Bahasa Malaysia.
Ketua Pendaftar : Naib Canselor / Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

FASAL 5
Seksyen 1 : Tujuan
Tujuan KeFB ditubuhkan ialah untuk :
i. Membantu pihak Universiti melaksanakan program-program yang bersesuaian bagi memperkasakan aktiviti atau program universiti dan sekolah-sekolah Bitara UPSI.
ii. Memberi peluang kepada mahasiswa/mahasiswi untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dan menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
iii. Memartabatkan nama UPSI diperingkat nasional dalam penguasaan kemahiran insaniah.
iv. Melatih dan melahirkan golongan pendidik yang berkaliber ke arah mencapai profesionalisme kerjaya mereka.
v. Menjadi badan sokongan kepada JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UPSI untuk melancarkan pelaksanaan takwim HEP.
vi. Memberi sumbangan ke arah pembentukan masyarakat yang berpengetahuan dalam kalangan pendidik khasnya dan masyarakat amnya.
vii. Melatih mahasiswa/mahasiswi yang mantap menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan untuk memartabatkan nama UPSI di peringkat nasional.
Seksyen 2 : Objektif
Aktiviti KeFB akan berteraskan objektif berikut :
a. Mencungkil dan mengembangkan bakat kepimpinan dalam kalangan ahli KeFB.
b. Mendedahkan dan memberi pengalaman kepada ahli KeFB berkomunikasi, mengelola dan mengendalikan sesuatu program.
c. Memperkasa kemahiran-kemahiran insaniah kepada setiap ahli KeFB.
d. Membantu pihak HEP dalam setiap program jabatan dan universiti.
e. Mewujudkan integrasi kaum dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UPSI.

FASAL 6
Keahlian
Seksyen 1 : Jenis Keahlian
a. Semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris boleh menjadi ahli dengan mengisi borang keahlian.
b. Jawatankuasa Induk KeFB berhak menolak sebarang permohonan dengan sebab-sebab yang munasabah.
Seksyen 2 : Hak Ahli
a. Mengemukakan cadangan ataupun aduan kepada Ahli Jawatankuasa Induk KeFB.
Seksyen 3 : Kewajipan Ahli
Setiap ahli mestilah;
a. Mematuhi dan mendukung peraturan dan perlembagaan KeFB .
b. Menghormati dan melaksanakan keputusan pihak pentadbir KeFB.
c. Mempertahankan maruah dan kehormatan KeFB.
d. Menghormati dan memelihara harta benda KeFB.
e. Menjelaskan yuran KeFB seperti yang tersebut dalam FASAL 11, 
Seksyen 2.
f. Menghadiri perjumpaan atau aktiviti yang dianjurkan oleh KeFB.

FASAL 7
Jawatankuasa Induk KeFB
Jawatankuasa yang akan mengendalikan perjalanan KeFB ini terdiri daripada berikut;
a. Presiden 
b. Timbalan Presiden
c. Setiausaha
d. Naib Setiausaha
e. Bendahari
f. Naib Bendahari
g. Exco Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian
h. Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
i. Exco Penerbitan & Informasi
j. Exco Akademik 
k. Exco Aktiviti
l. ExcoTugas-tugas Khas
m. Exco Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
n. Exco Latihan Dalam Kumpulan
Seksyen 2 : Fungsi dan Kuasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Induk adalah;
a. Bertanggungjawab menentukan dasar-dasar KeFB adalah seiring dengan tujuan dan objektif KeFB.
b. Merancang dan mengawal perbelanjaan KeFB dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat daripada Penasihat KeFB.
c. Mengawal harta benda dan kewangan KeFB secara teratur, bersih dan amanah.
d. Menerima dan mengkaji laporan dari semasa ke semasa daripada biro yang tercatat dalam FASAL 9 Seksyen 1 hingga 6.
e. Mendengar dan menerima pengaduan dan rayuan serta membuat ketetapan yang sewajarnya apabila berlaku pertentangan terhadap peraturan-peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Induk dan Biro-biro seperti dalam FASAL 9.
Seksyen 3 :  Mesyuarat Jawatankuasa Induk KeFB
a. Mesyuarat Biasa
i. Mesyuarat ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
ii. Setiausaha hendaklah memberitahu ahli tentang mesyuarat tidak lewat daripada satu minggu dari tarikh dan masa diadakan.
iii. Setiausaha hendaklah menyampaikan agenda mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa Induk. Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah memberitahu Setiausaha sehari terlebih dahulu tentang pindaan dan tambahan kepada agenda mesyuarat.
b. Mesyuarat Luar Biasa
i. Mesyuarat ini hendaklah diadakan apabila hal-hal yang memerlukan perhatian segera atau apabila satu permohonan bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut ditandatangani oleh 2/3 (dua pertiga) daripada Ahli Jawatankuasa Induk atau ahli biasa diterima oleh setiausaha.
ii. Setiausaha akan memanggil mesyuarat ini dalam tempoh dua hari setelah menerima surat tersebut.
iii. Setiausaha juga hendaklah membuat pemberitahuan sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat tersebut diadakan
iv. Mesyuarat ini hendaklah membincangkan hal yang dinyatakan dalam agenda itu sahaja.
c. Mesyuarat Tergempar
i. Presiden boleh pada bila-bila masa memanggil Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Induk.
ii. Mesyuarat ini diadakan jika terdapat permasalahan yang perlu diselesaikan dengan segera. 
d. Korum : Dua pertiga daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Induk adalah cukup menjadi korum mana-mana mesyuarat di atas. (a, b dan c)
e. Presiden hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Induk. Sekiranya Presiden tidak hadir, Timbalan Presiden akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.
f. Setiausaha hendaklah mencatatkan dan menyimpan minit tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan mengemukakan minit dalam mesyuarat berikutnya untuk pengesahan.
Seksyen 4 : Tempoh Perkhidmatan
a. Ahli Jawatankuasa Induk akan mula bertugas sebaik sahaja keputusan pemilihan diumumkan dengan rasminya.
b. Ahli Jawatankuasa Induk akan menjalankan tugasnya sehingga keputusan pemilihan baru diumumkan dengan rasminya.

FASAL 8 
Tugas dan Kuasa Penyandang Jawatan
Seksyen 1 : Presiden
a. Menjadi pengerusi semua mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Agung Tahunan KeFB.
b. Berhak memberi undi pemutus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikannya.
c. Menjadi ahli ‘Ex-officio’ bagi semua biro seperti yang tercatat dalam FASAL 9 Seksyen 1 – 6.
d. Berhak memanggil Mensyuarat Tergempar Jawatankuasa Induk bila diperlukan.
e. Mewakili KeFB dalam semua perjumpaan dan menjadi pegawai perhubungan antara pihak Pentadbiran Universiti.
f. Bertanggungjawab kepada setiap Ahli Jawatankuasa Induk KeFB dan memastikan setiap ahli menjalankan tugas dengan bersih, cekap, amanah dan berkesan.
g. Membuat kenyataan atas nama Jawatankuasa Induk dan KeFB setelah dipersetujui oleh Penasihat.
Seksyen 2 : Timbalan Presiden
a. Timbalan presiden bertanggungjawab untuk membantu tugas-tugas Presiden dalam tugas-tugasnya.
b. Tatkala ketiadaan Presiden / Presiden tidak hadir, segala tanggungjawab Presiden akan berpindah kepada Timbalan Presiden.
Seksyen 3 : Setiausaha 
a. Menyimpan semua rekod KeFB kecuali rekod kewangan dan menyelenggara semua surat menyurat rasmi KeFB.
b. Mengurus panggilan semua mesyuarat KeFB dan Jawatankuasa Induk KeFB.
c. Menyedia dan mengedarkan agenda mesyuarat.
d. Menyimpan minit semua mesyuarat KeFB.
e. Menjadi ahli ‘Ex-officio’ dalam semua biro KeFB seperti dalam FASAL 9, Seksyen 1 – 6.
f. Menyediakan Laporan tahunan KeFB dan membentangkan di dalam mesyuarat Agung Tahunan KeFB.
g. Membuat kenyataan di atas nama KeFB  dan Jawatankuasa Induk setelah dipersetujui oleh jawatankuasa Induk dan Penasihat, sekiranya Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Seksyen 4 : Naib Setiausaha
a. Naib setiausaha bertanggungjawab membantu tugas-tugas Setiausaha dalam tugas-tugasnya.
b. Tatkala ketiadaan/ketidakhadiran Setiausaha, segala tanggungjawab Setiausaha akan berpindah kepada Naib Setiausaha.
Seksyen 5 : Bendahari
a. Mengutip, menyimpan serta membayar semua kumpulan wang bagi pihak, menyimpan semua akaun KeFB serta bertanggungjawab atas betul dan benarnya akaun itu.
b. Menyimpan semua wang di dalam bank yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Induk dalam masa 48 jam wang itu diterima.
c. Jumlah duit yang berada di tangan tidak melebihi daripada RM100.00 wang tunai.
d. Menyediakan dan memaparkan Penyata Kewangan bulanan KeFB dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar.
e. Menyediakan draf anggaran belanjawan tahunan KeFB untuk perbincangan dan kelulusan Ahli Jawatankuasa Induk KeFB.
f. Menyedia dan mengedar penyata Kewangan Tahunan KeFB yang telah diaudit oleh juruaudit luar, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan KeFB dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar.
g. Merancang dan mengkaji anggaran perbelanjaan Jawatankuasa seperti dalam FASAL 9, Seksyen 1 – 5 untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Agong Tahunan KeFB.
Seksyen 6 : Naib Bendahari
a. Naib Bendahari bertanggungjawab membantu tugas-tugas Bendahari dalam tugas-tugasnya.
b. Tatkala ketiadaan/ketidakhadiran Bendahari segala tanggungjawab Bendahari akan berpindah kepada Naib Bendahari.
Seksyen 7 : Exco Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian
a. Memberi pandangan dalam aktiviti yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Induk KeFB dan mengenal pasti aktiviti yang dirancang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
b. Mengadakan dan mengendalikan aktiviti ke arah meningkatkan ketauhidan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
c. Memberi dorongan galakan dan teguran yang membina dalam usaha utuk menjaga maruah ahli dan KeFB agar selari dengan nilai dan hukum Islam.
Seksyen 8 : Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
a. Mengurus dan menyelaras urusan kebajikan ahli seperti kemalangan, kematian, kesusahan dan kejayaan ahli.
b. Mengadakan dan mengendalikan program-program khidmat sosial yang berkaitan.
c. Mengadakan kutipan kilat bagi satu-satu peristiwa atau kemudaratan ahli yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk KeFB
Seksyen 9 : Exco Penerbitan & Informasi
a. Menubuhkan dan menyelaras aktiviti pasukan penerbitan Buletin KeFB yang akan menyediakan pelbagai maklumat mengenai aktiviti KeFB dan universiti.
b. Menyimpan buku harian dan foto dan/atau video semua kegiatan dan peristiwa penting untuk rekod KeFB.
c. Mengumpul, menerbitkan dan menyimpan koleksi bahan-bahan cetak yang bersumberkan nota dan hasil kursus ahli untuk rujukan masa depan, dengan mengambil kira pandangan penasihat KeFB.
d. Menubuhkan pasukan penerbitan buletin yang akan menyediakan pelbagai maklumat mengenai perkembangan semasa dan universiti.
e. Menerbitkan majalah tahunan KeFB.
f. Menyediakan brosur, edaran, buku aturcara dan lain-lain penerbitan yang berkaitan dengan kursus-kursus, seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh KeFB dan biro-biro.
g. Menyelaras penggunaan dan menjaga keceriaan papan kenyataan KeFB dengan mengambil kira pandangan Penasihat KeFB.
Seksyen 10 : Biro Akademik 
a. Menubuhkan dan menyelaras aktiviti Pasukan Penyelidikan bagi membantu keperluan ahli.
b. Menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang akan membantu menyelaras dan mengendalikan latihan dan pendidikan ahli KeFB.
c. Menyampaikan maklumat melalui buletin informasi KeFB.
Seksyen 11 : Biro Aktiviti
a. Menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang akan mengadakan program-program berbentuk latihan dalam pelbagai bidang.
b. Mengadakan dan mengendalikan aktiviti sukan dan permainan antara ahli.
c. Menubuhkan dan menyelaras latihan pasukan permainan.
d. Mengadakan program lawatan luar, rekreasi dan Hari Keluarga untuk ahli-ahli KeFB.
e. Merancang dan menganjurkan program rekreasi dan/atau lawatan persahabatan sebagai satu aktiviti luar ahli-ahli sebagai usaha meningkatkan perpaduan, silaturrahim dan menambah ilmu pengetahuan serta bertukar-tukar fikiran.
Seksyen 12 : Tugas-tugas Khas
a. Memantau disiplin ahli di setiap perjumpaan dan program-program yang dijalankan.
b. Menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang akan menyelaras dan mengendalikan jamuan-jamuan KeFB.
c. Menjalankan tugas-tugas hal-hal lain daripada biro yang berkaitan.
d. Menjaga disiplin ahli-ahli KeFB.
e. Menjaga dan menguruskan penggunaan aset-aset milik KeFB.
f. Membantu tugas-tugas yang dirasakan perlu atas arahan Presiden atau Naib Presiden sahaja.
Seksyen 13 : Exco Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
a. Menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang akan menjadi perantara antara pihak kelab dengan pihak atasan UPSI dan juga pihak luar.
b. Mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak luar untuk tujuan tertentu.
c. Menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang akan mengendalikan majlis dan program-program berbentuk formal.
d. Bertanggungjawab mengetuai ketua jika melibatkan penggunaan protokol dalam sesuatu program dan majlis yang diadakan oleh KeFB.
Seksyen 14 : Exco Latihan Dalam Kumpulan
a. Menyediakan modul-modul program yang dikendalikan oleh KeFB.
b. Menyemak modul-modul yang akan digunakan dalam sebarang program yang akan diadakan.
c. Menganalisa perjalanan modul program-program yang telah dijalankan.

FASAL 9
Kewangan 
Seksyen 1 : Tahun Kewangan 
Tahun Kewangan KeFB adalah berakhir pada 31 Disember pada setiap tahun.
Seksyen 2: Yuran Masuk dan Yuran Tahunan
Setiap ahli hendaklah membayar kepada Kumpulan Wang KeFB, iaitu
a. Yuran masuk/Pendaftaran sebanyak RM 5.00
b. Yuran Tahunan Sebanyak RM 10.00
c. Pihak Jawatankuasa Induk KeFB akan menentukan cara pungutan yuran tersebut.
Seksyen 3 : Kumpulan Wang KeFB 
a. Sumber kewangan KeFB adalah daripada:
i. Semua yuran masuk.
ii. Semua yuran tahunan.
iii. Wang lain yang diperoleh daripada sumber-sumber yang dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Induk dan Pendaftar.
b. KeFB hendaklah menyimpan Kumpulan Wang di dalam bank yang telah dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Induk KeFB dengan mengambil kira pandangan Penasihat KeFB.
Seksyen 4 : Sistem Kewangan
a. Wang KeFB hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi melaksanakan tujuan KeFB. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar denda atau membantu ahli-ahli yang dikenakan hukuman kerana melanggar undang-undang.
b. Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 100.00 pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank dalam tempoh lima hari. Kira-kira bank hendaklah di atas nama KeFB.
c. Perbelanjaan yang melebihi RM 100.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
d. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan oleh setiap exco hendaklah diberikan
kepada bendahari untuk tujuan pengauditan dan perkara-perkara berbangkit yang mungkin timbul. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
Seksyen 5: Pembekuan Kewangan KeFB
a. Pembekuan kewangan akan dilakukan sekiranya terdapat ahli jawatankuasa terutama sekali Bendahari Agung meletakkan jawatan. Wang akan dibekukan untuk sementara waktu sehingga perlantikan jawatan baru untuk jawatan yang dikosongkan telah diisi.
b. Selain itu juga, pembekuan kewangan akan dilakukan  setelah tiba cuti semester yang panjang dan tiada aktiviti persatuan akan dijalankan. Hal ini adalah penting bagi menjamin tiada sebarang bentuk penyelewengan kewangan berlaku di dalam akaun persatuan.
c. Pendaftar boleh membekukan hal kewangan KeFB jika didapati keadaan kewangan tidak memuaskan beserta bukti-bukti yang kukuh. Pembekuan akan ditarik balik sekiranya kewangan telah berjalan dengan baik.

FASAL 10
Mesyuarat Agung
Seksyen 1 : Jenis Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung KeFB adalah terdiri daripada:
a. Mesyuarat Agung Tahunan
b. Mesyuarat Agung Luar Biasa
c. Mesyuarat Agung Tergempar
Seksyen 2 : Mesyuarat Agung Tahunan
a. Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi KeFB dan hendaklah diadakan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh tutup penutupan akaun. (Tahun Kewangan KeFB)
b. Setiausaha hendaklah memberitahu ahli sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.
c. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan.
i. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit mesyuarat Agung Luar biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya kedua-dua mesyuarat itu diadakan.
ii. Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat dalam (i) di atas.
iii. Membentang dan menerima Laporan tahunan KeFB mengenai kerja-kerja dan aktiviti KeFB yang telah dilaksanakan.
iv. Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Induk sekurang-kurangnya seminggu tarikh Mesyuarat Agung diadakan.
v. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Induk untuk tahun berikutnya.
vi. Penyerahan tugas kepada Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru.
vii. Ucapan Penangguhan.
d. Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Laporan Tahunan, Penyata Kewangan, Anggaran Belanjawan dan Usul yang akan dibahaskan selewat-lewatnya 36 jam sebelum mesyuarat diadakan.
Seksyen 3 : Mesyuarat Agung Luar Biasa
a. Setiausaha hendaklah mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa sekiranya:
i. Diarahkan oleh Jawatankuasa Induk KeFB.
ii. Setiauaha menerima permohonan bertulis daripada sekurang-kurangnya 2/3 (dua pertiga) daripada jumlah ahli KeFB dengan menyatakan tujuan hendak diadakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini hendaklah diadakan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan diterima.
b. Makluman dan pemberitahuan Mesyuarat Agung Luar Biasa ini hendaklah dipaparkan di papan kenyataan rasmi KeFB / Jabatan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan.
c. Mesyuarat Agung Luar Biasa ini hanya akan membincangkan satu agenda sahaja iaitu mengenai perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.
Seksyen 4 : Mesyuarat Agung Tergempar
a. Setiausaha hendaklah mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya:
i. Diarahkan oleh Jawatankuasa Induk KeFB.
ii. Diminta oleh 2/3 (dua pertiga) daripada Ahli KeFB yang mengemukakan permintaan secara bertulis.
b. Pemberitahuan mengenai Mesyuarat Agung Tergempar ini hendaklah dibuat oleh Setiausaha dengan memaparkan kenyataan KeFB selewat-selewatnya 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.
c. Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja akan menjadi agenda.
Seksyen 5 :  Korum Mesyuarat
a. Korum semua jenis mesyuarat agung ialah 2/3 (dua pertiga) daripada jumlah keahlian KeFB.
b. Bagi Mesyuarat Agung Tahunan jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke suatu masa dan tarikh iaitu tidak lebih daripada 2 minggu yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Induk KeFB. Jika pada tarikh berikutnya juga korum masih tidak cukup, maka mesyuarat boleh dijalankan tetapi tidak boleh membuat pindaan atau tambahan perlembagaan atau keputusan mengnai semua ahli.
c. Bagi mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar jika korum tidak cukup selepas setengah jam, mesyuarat hendaklah dibatalkan dan mesyuarat tidak boleh diadakan hingga Mesyuarat Agung Tahunan akan datang, KECUALI jika perkara yang akan dibincangkan lain daripada perkara yang dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat yang dibatalkan itu.

FASAL 11
Pemilihan Ahli Jawatankuasa
Seksyen 1: Cara Pemilihan 
a. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk adalah dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan akan dilakukan secara Sistem Perlantikan dan dipersetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa Induk.
b. Keputusan akan diumumkan seperti yang telah diagendakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (FASAL 10 Seksyen 2 (c), vii ).
Seksyen 2 : Pemilihan Kecil            
Jika terdapat jawatan kosong dalam Jawatankuasa Induk KeFB disebabkan perletakan jawatan atau meninggal dunia, satu perlantikan hendaklah diadakan bagi menggantikan penyandang jawatan tersebut. Perlantikan dilakukan oleh Jawatankuasa Induk dengan persetujuan Pendaftar.

FASAL 12
Pindaan dan Tambahan Perlembagaan
Seksyen 1 :
Sebarang pindaan dan / atau tambahan kepada Perlembagaan KeFB hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung KeFB dan hanya boleh berkuatkuasa apabila telah diluluskan oleh Pendaftar.
Seksyen 2 : 
Sebarang pindaan dan / atau tambahan kepada Perlembagaan KeFB hanya boleh dibuat dengan persetujuan dua pertiga daripada jumlah Ahli KeFB dalam Mesyuarat Agung.
Seksyen 3 : 
Cadangan pindaan dan / atau tambahan kepada Perlembagaan KeFB hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung.

FASAL 13
Perletakan Jawatan
Seksyen 1 : Ahli Jawatankuasa Induk
a. Mana-mana Ahli Jawatankuasa Induk yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha.
b. Perletatakan Jawatan ini dianggap tidak sah sehingga dipersetujui oleh Jawatankausa Induk KeFB.
c. Sekiranya Setiausaha hendak meletakkan jawatan maka beliau hendaklah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Presiden.
d. Satu perlantikan akan dilakukan bagi mengisi kekosongan seperti yang dinyatakan dalam FASAL 11, Seksyen 2.
e. Sekiranya semua Ahli Jawatankuasa Induk hendak meletakkan jawatan maka surat perletakan jawatan mereka hendaklah disampaikan kepada Pendaftar KeFB.
f. Pendaftar akan melantik ahli-ahli Jawatankuasa KeFB sementara sehingga satu Perlantikan Jawatankuasa Induk diadakan.
Seksyen 2 : Ahli Jawatankuasa Biro-biro
Mana-mana ahli jawatankuasa biro seperti yang tercatat  dalam FASAL 9, Seksyen 1 – 6, mereka hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatan kepada Setiausaha untuk disampaikan kepada Presiden KeFB. Perletakan jawatannya tidak dianggap sah sehingga dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk. Jawatankuasa Induk boleh melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

FASAL 14
Lembaga Rayuan Tatatertib KeFB
Seksyen 1 : Lembaga Rayuan
KeFB hendaklah menubuhkan Lembaga Rayuan yang membuat tugas-tugas seperti berikut:
a. Mengkaji dan meneliti segala keputusan perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh lembaga tatatertib Universiti ke atas ahli-ahli KeFB.
b. Mengkaji dan memohon perbicaraan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh Lembaga tatatertib Universiti yang dirujukkan oleh ahli yang terdakwa.
Seksyen 2: Ahli Lembaga Rayuan
Ahli Lembaga Rayuan terdiri daripada:
a. Penasihat KeFB sebagai Penasihat.
b. Presiden KeFB.
c. Dua orang Ahli Jawatankuasa Induk KeFB dan seorang ahli biasa.
d. Setiausaha dilantik dari semasa ke semasa.

FASAL 15
Surat Menyurat
Seksyen 1 : Surat Menyurat
Semua surat menyurat KeFB yang dihantar keluar oleh KeFB hendaklah mengikut saluran tertentu.
Seksyen 2: Surat, Pengumuman, Kenyataan dan Buletin KeFB.
Semua surat, pengumuman, kenyataan dan buletin KeFB hendaklah ditandatangani oleh:
a. Presiden KeFB / Biro atau Setiausaha
b. Penasihat KeFB

FASAL 16
Tafsiran
Sekiranya timbul kekeliruan dalam penafsiran perlembagaan KeFB ini, ia hendaklah dirujuk kepada Pendaftar dan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar adalah muktamad.

FASAL 17
Penggantungan KeFB
Seksyen 1 : 
Pendaftar adalah berhak menggantung KeFB atau aktiviti KeFB sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan KeFB berlandaskan bukti-bukti yang kukuh.
Seksyen 2 : 
Dalam tempoh penggantungan segala aktiviti adalah dibekukan sehingga suatu tempoh masa yang ditentukan 
oleh Pendaftar.

FASAL 18
Pembubaran KeFB
Seksyen 1 : 
a. KeFB ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 2/3 (dua pertiga) jumlah semua ahli KeFB.
b. Sekiranya KeFB hendak dibubarkan, segala hutang dan tanggungan KeFB yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan.
c. Baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Pembubaran.