Assalamualaikum dan salam
bitara.
Mulakan hari ini dengan
senyuman, merenung ciptaan Pencipta Sekalian Alam. Indahnya hari ini tidak
dapat disangkal lagi. Segala onak duri, keluh kesah yang tersemat di hati
seakan lupus sebentar dari benak fikiran ketika melihat dan menghayati
keagungan serta keindahan alam semesta yang dibentangkan buat sekalian manusia
yang dikasihi.
Pada 29 April 2017,
sebuah program yang dikenali sebagai ‘Run For Charity’ telah dijalankan.
Program ini merupakan program anjuran Jalinan Anak Sarawak (JASA). Kelab
Fasilitator Bitara telah melakukan kerjasama untuk menjayakan program ini
bersama-sama dengan Kelab Sahabat Perpustakaan dan Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM). Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang peka
dan cakna terhadap kesusahan individu atau kumpulan masyarakat yang tidak
bernasib baik. Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi di Padang Kawad, Kampus
Sultan Azlan Shah, UPSI. Sebelum memulakan slot 1, semua peserta melakukan
aktiviti pemanasan badan iaitu ‘Zumba’ yang diketuai salah seorang daripada AJK
Pelaksana Program JASA. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan sesi
pembahagian kumpulan. Selepas itu, slot pertama dimulakan iaitu larian dari
Padang Kawad, mengelilingi padang KSAS dan kembali semula ke Padang Kawad. Slot
ini mengambil masa selama kira-kira satu jam.
Setelah
itu, semua peserta diminta untuk berkumpul semula di Padang Kawad untuk
memulakan slot kedua iaitu slot Community Deployment. Slot ini dijalankan untuk
mendapatkan dana bagi program Misi Sukarelawan Ke Kemboja ‘Kemboja-Malaysia,
Malaysia-Kemboja’. Penerangan bagi slot ini telah dijalankan oleh Saudara
Khalifah yang merupakan salah seorang wakil kepada skuad sukarelawan ke
Kemboja. Setiap kumpulan ditugaskan di beberapa kawasan iaitu sekitar kampus
baru, sekitar Pintu Timur dan Taman Universiti, Taman Bahtera dan Pekan Tanjung
Malim. Program ini telah berjalan dengan jayanya, hasil kerjasama daripada
semua peserta dan AJK Pelaksana program. Slot berikut tamat pada jam 1.30
petang dan semua peserta diminta untuk berkumpul tepat jam 1.30 petang di
Bitarasiswa. Para peserta diberikan makanan tengah hari sebelum majlis
perasmian penutup dijalankan.
Majlis
perasmian penutup dijalankan pada jam 2.30 petang. Sebelum majlis penutup
dijalankan,para peserta diminta untuk memberikan refleksi berkaitan program
yang telah dijalankan. Semua peserta memberikan respons dan refleksi yang
positif berkaitan program ini. Setelah itu, majlis penutup dimulakan dan dipengerusikan
oleh saudara Khalifah. Ucapan daripada wakil JASA, wakil PEMADAM dan wakil KeFB
memeriahkan lagi majlis penutup Program Run for Charity. Seterusnya, wakil
daripada Skuad Sukarelawan ke Kemboja iaitu saudari Ellysa menyampaikan
penerangan dengan lebih lanjut mengenai Misi Sukarelawan yang akan dijalankan
pada bulan tujuh akan datang. Majlis berakhir dengan pemberian cenderahati dan
sesi fotografi. Diharapkan program ini mampu memberi motivasi yang membina
dalam diri setiap peserta untuk membantu golongan yang memerluka sama ada di
dalam negara mahupun di luar negara. Terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada JASA kerana memberi peluang kepada KeFB untuk menjalankan
kerjasama ini. Tidak lupa juga kepada PEMADAM dan Kelab Sahabat Perpustakaan di
atas kerjasama yang dijana ini. Semoga program ini memberikan manfaat kepada
semua pihak.
#BergerakSeiringMenyahutCabaran
Koleksi Gambar
Sesi Pemanasan Badan (Zumba)
Slot 1: Larian di Kampus Baru (Larian Amal)
Sesi Penyampaian Cenderahati