"Kecemerlangan akademik lahir daripada otak yang
cerdas dan tubuh badan yang sihat". Oleh yang demikian, Bukit Broga, Semenyih, Selangor telah dipilih oleh saudari Ana Syahida binti Teridi selaku Exco Akademik, KeFB untuk
memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang aktiviti yang bersifat sukarelawan
dan pendakian. Di samping mendaki, ahli-ahli kelab secara suka rela perlu
mengutip sampah-sarap di sekeliling kawasan pendakian bagi menjaga alam
sekitar. Sebagai seorang fasilitator yang unggul juga, sikap tolong-menolong
antara satu sama lain perlu diterapkan dan ahli-ahli kelab perlu bijak
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
Peserta tiba di perkarangan parkir Bukit Broga
Bersenam dahulu bagi mengelakkan sebarang kekejangan
Tepat jam 2.00 pagi, para peserta memulakan perjalanan.Perjalanan peserta yang lancar sebelumnya ,namun terhenti seketika kerana laluan yang gelap menyukarkan ketua untuk mengenal pasti jalan yang dilalui. Pendakian yang jauh dan ada sesetengah tempat yang curam menyebabkan para peserta terpaksa berehat beberapa kali. Akhirnya, pada jam 3.20 pagi, para peserta sampai ke puncak yang pertama.
Setibanya di puncak, para peserta berehat sebentar sebelum meneruskan dengan sesi refleksi. Dalam slot ini para peserta dipilih secara rawak untuk memberikan refleksi masing-masing. Secara kesimpulan, setiap peserta menyatakan bahawa aktiviti ini dapat memupuk semangat setia kawan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang.
Sesi refleksi dijalankan di puncak yang pertama
Setelah hampir setengah jam
berehat, para peserta meneruskan pendakian ke puncak yang kedua. Di puncak yang
kedua, para peserta melepaskan penat masing-masing dan berehat. Pada jam 5.30
pagi semua peserta membuat persiapan untuk solat subuh secara berjemaah.
Selepas solat, Slot seterusnya, pengisian mengenai sifat cinta kepada alam sekitar dan
kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan oleh tuhan disampaikan oleh saudara
Muhammad Hafiz dalam kuliah subuh.
Para
peserta menunaikan solat subuh berjemaah
Di puncak Broga, suara-suara
dari para pendaki lain memecahkan kesunyian. Dalam masa beberapa minit sahaja,
puncak tersebut dipenuhi oleh para pendaki. Selesai solat, para peserta
mengemas barang masing-masing. Sesi bergambar diambil sebagai kenangan. Lebih
kurang jam 7.15 pagi, reaksi para peserta teruja apabila melihat matahari
terbit. Pada jam 7.30 pagi, para peserta meneruskan pendakian semula. Para
peserta dilihat lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan mungkin
disebabkan selepas berehat dan masih teruja melihat keadaan sekeliling yang
diselaputi dengan kabus yang tebal.
Bergambar kenangan sebelum menunggu matahari terbit
Para
peserta meneruskan pendakian untuk ke puncak yang seterusnya
Setelah hanya beberapa minit, para peserta tiba di kaki bukit puncak yang
pertama. Melihat kepada ketinggian dan kesukaran laluan untuk ke puncak yang
pertama, terdapat beberapa peserta yang tidak meneruskan perjalanan dan hanya
berehat di kaki bukit puncak tersebut. Namun, sebilangan yang lain tetap
meneruskan perjalanan ke puncak yang pertama. Di sana, misi pertama iaitu aktiviti mengutip sampah dilakukan. Setiap peserta bergotong-royong mengutip
sampah-sarap yang bersepah. Sesi bergambar juga tidak dilepaskan oleh setiap
peserta.
Sebahagian
daripada peserta yang sampai ke puncak Bukit Broga
Para
peserta bergambar bersama bungkusan sampah sarap yang telah mereka kutip
Jam 8.30 pagi, para
peserta bertolak turun ke bawah sambil mengutip sampah. Setibanya di puncak
yang pertama, para peserta berjumpa dengan penasihat KeFB Cik Najidah Binti
Yahaya. Slot diteruskan dengan sesi refleksi bersama penasihat. Setelah itu, para peserta meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah. Walaupun terdapat
beberapa peserta yang mengalami
kecederaan seperti kekejangan otot, pening dan sebagainya, akhirnya, pada jam
10.00 pagi para peserta tiba di bawah dengan selamat.
Sebahagian
daripada para peserta bergambar ketika hendak menuruni bukit
Sesi
bergambar bersama Penasihat KeFB, Cik Najidah Binti Yahaya
di puncak pertama Bukit Broga
Walaupun keletihan, namun pengalaman yang ada
membuatkan setiap peserta lebih cekal dan ukhuwah yang terbina juga lebih erat.
Perjalanan menuju ke UPSI berjalan dengan lancar dan para peserta tiba di
Bitarasiswa pada jam 1.30 petang. Program diakhiri dengan sesi penyampaian
hadiah daripada pengarah program.
Pengarah program menyampaikan hadiah kepada ketua kumpulan