Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Apa khabar ahli-ahli KeFB sekalian.
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Baiklah admin rasa sudah lama blog kelab kita tidak ter’update’..
Admin yakin dan percaya mesti kalian rindu untuk mengetahui apakah
aktiviti seterusnya
Kelab Fasilitator Bitara UPSI kan?
Baiklah tanpa melengahkan masa admin akan cerita serba sedikit
program yang telah di jalankan pada 20 Februari 2014 dahulu..
Mesti kalian tertanya-tanya bukan, program apa yang di jalankan.
Baiklah tanpa melengahkan masa admin akan ceritakan pada tarikh
tersebut telah berjalan satu program yang di namakan “Come Back Gathering”.
Antara tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengumpul
semula ahli KeFB yang lama dan baharu. Selain daripada itu, antara tujuan utama
program ini diadakan adalah bagi membentangkan takwim program Kelab kita yang
bakal di laksanakan sepanjang sidang kedua bagi tahun 2013/2014 kali ini.
Apa?? kalian tertanya apakah program yang telah dirangka oleh ahli
jawatankuasa kelab bagi sidang 2013/2014.
Baiklah admin akan ceritakan serba sedikit.. bawa bertenang semua..
jangan kelam kabut..hehehhe “assabarul
minal iman” (SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN)
Baiklah, antara program yang telah dirangka bagi sidang kali ini dan
dibentangkan oleh Presiden Kelab iaitu Saudara Mohd Ridzuan bin Zainol ialah:
1)
Training of Trainer II
2)
Fasilitator Bijak IT/ FasFIT
3)
Program Kepimpinan ke Ledang,
Johor
4)
Delegasi UIA
5)
Born To Be A Fasi
6)
Gather Reach Our Charity /GROC
7)
Delegasi Bumi Kenyalang
8)
Laskar Pelangi
9)
Kem Eksklusif Sekolah Bitara
Wah!! admin analisis nampaknya bulan Mac.. ahli-ahli KeFB hampir
setiap minggu akan terlibat dengan Program Kelab. Besar harapan Admin agar
semua ahli kelab akan dapat bekerjasama dengan melibatkan diri dalam program
yang telah di rangka ini bagi memastikan perancangan yang di rancang bagi
sidang kali dapat berjalan dengan lancar supaya selari dengan motto kita “Bergerak Seiring menyahut Cabaran”.
Betul tak kawan-kawan?
Ahli KeFB sekalian, bagi maklumat kalian dalam program ini juga Exco
Latihan Dalam Kumpulan turut mengadakan pembahagian kumpulan memudahkan program
TOT dan KESB yang bakal dilakukan. Selain itu, kedatangan ahli kelab pada malam itu tidak sia-sia
kerana semua ahli dapat menikmati mihun goreng yang di taja oleh yang insan
yang paling kita sayangi iaitu Cik Najidah..
Akhir Kalam, nantikan Post admin seterusnya bagi program akan
datang. Semoga kalian tidak ketinggalan…Jumpa lagi semua.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
No comments:
Post a Comment