FASILITATOR PINTAR IT(FASPIT)




Fast & Speed, “From Zero To Know” merupakan kata-kata peransang yang digunakan untuk menunjukkan program Fasilitator Pintar IT(FASPIT) ini dapat membantu mahasiswa mahupun mahasiswi menimba ilmu mengenai dunia teknologi serba sedikit. Program Fasilitator Pintar IT ini telah dijalankan pada 9 Mac 2014 di B.e. Learning 1.  Program ini berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 4 petang.  Peserta program ini terdiri daripada 46 orang ahli KeFB dan 70 bukan ahli iaitu pelajar UPSI.  Program Faspit ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang cara-cara untuk menggunakan asas Microsoft Office Publisher, asas adobe photoshop dan asas komposisi montaj.  Perisian yang telah digunakan semasa program ini berlangsung adalah Microsoft Office Publisher, Power Director dan Adobe Photoshop.  Tujuan ini sejajar dengan perkembangan arus teknologi moden yang semakin berkembang dan sekaligus membantu untuk melahirkan fasilitator yang berpengatahuan tentang ilmu tersebut.    



Kaunter Pendaftaran Peserta







Slot 1: Asas Microsoft Office Publisher

Slot ini dikendalikan oleh saudari Siti Norainee Binti Jamalaldin yang merupakan Exco Penerbitan, Dokumentasi dan Informasi(PDI) di dalam Kelab Fasilitator Bitara UPSI





Slot 2: Asas Adobe Photoshop
Slot ini dikendalikan oleh saudari Mariam Zurina Binti Zabri yang merupakan pelajar UPSI yang berbakat dalam bidang ini.






Slot 3: Asas komposisi Montaj

Slot ini dikendalikan oleh saudara Mohd Amirul bin Osman.  beliau juga merupakan pelajar di UPSI, semester 8.






Diucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang telah menyertai program ini dan kepda ahli jawatankuasa program yang turut sama menjayakan program ini.  Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam hidup anda.  Sekian Terima Kasih.


COME BACK GATHERING




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar ahli-ahli KeFB sekalian.
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Baiklah admin rasa sudah lama blog kelab kita tidak ter’update’..
Admin yakin dan percaya mesti kalian rindu untuk mengetahui apakah aktiviti seterusnya
Kelab Fasilitator Bitara UPSI kan?

Baiklah tanpa melengahkan masa admin akan cerita serba sedikit program yang telah di jalankan pada 20 Februari 2014 dahulu..
Mesti kalian tertanya-tanya bukan, program apa yang di jalankan.
Baiklah tanpa melengahkan masa admin akan ceritakan pada tarikh tersebut telah berjalan satu program yang di namakan “Come Back Gathering”.

Antara tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengumpul semula ahli KeFB yang lama dan baharu. Selain daripada itu, antara tujuan utama program ini diadakan adalah bagi membentangkan takwim program Kelab kita yang bakal di laksanakan sepanjang sidang kedua bagi tahun 2013/2014 kali ini.

Apa?? kalian tertanya apakah program yang telah dirangka oleh ahli jawatankuasa kelab bagi sidang 2013/2014.

Baiklah admin akan ceritakan serba sedikit.. bawa bertenang semua.. jangan kelam kabut..hehehhe “assabarul minal iman” (SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN)
Baiklah, antara program yang telah dirangka bagi sidang kali ini dan dibentangkan oleh Presiden Kelab iaitu Saudara Mohd Ridzuan bin Zainol ialah:
   1)      Training of Trainer II       
   2)      Fasilitator Bijak IT/ FasFIT             
   3)      Program Kepimpinan ke Ledang, Johor 
   4)      Delegasi UIA      
   5)      Born To Be A Fasi 
   6)      Gather Reach Our Charity /GROC            
   7)      Delegasi Bumi Kenyalang 
   8)      Laskar Pelangi   
   9)      Kem Eksklusif Sekolah Bitara 

Wah!! admin analisis nampaknya bulan Mac.. ahli-ahli KeFB hampir setiap minggu akan terlibat dengan Program Kelab. Besar harapan Admin agar semua ahli kelab akan dapat bekerjasama dengan melibatkan diri dalam program yang telah di rangka ini bagi memastikan perancangan yang di rancang bagi sidang kali dapat berjalan dengan lancar supaya selari dengan motto kita “Bergerak Seiring menyahut Cabaran”. Betul tak kawan-kawan?

Ahli KeFB sekalian, bagi maklumat kalian dalam program ini juga Exco Latihan Dalam Kumpulan turut mengadakan pembahagian kumpulan memudahkan program TOT dan KESB yang bakal dilakukan. Selain itu, kedatangan ahli kelab pada malam itu tidak sia-sia kerana semua ahli dapat menikmati mihun goreng yang di taja oleh yang insan yang paling kita sayangi iaitu Cik Najidah..
Akhir Kalam, nantikan Post admin seterusnya bagi program akan datang. Semoga kalian tidak ketinggalan…Jumpa lagi semua.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada 2 Mac 2014(Ahad), Program Training of Trainer I (TOT II) telah dijalankan di Gelangang Bola Keranjang Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Program ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang. Kelangsungan program bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran insaniah setiap ahli fasilitator. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti membuat modul, pengucapan awam, aktiviti riadah dan sebagainya. Pendedahan awal melalui aktiviti-aktiviti ini supaya dapat diterapkan dalam diri fasilitator dalam membuat persediaan awal ke program yang akan datang di samping mewujudkan ikatan ukhwah antara ahli-ahli dalam Kelab Fasilitator Bitara.


Pendaftaran Peserta





Slot 1 : Senamrobik

Slot yang seterusnya membuka minda peserta TOT II dalam mencari penyelesaian kepada aktiviti yang diberi. Kerjasama setiap ahli kumpulan amat diperlukan ketika ini tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa. 






Slot 2 : Treasure Hunt

Akhir kata, diharapkan program ini dapat memberi sedikit sebanyak pengalaman yang baru bagi memantapkan lagi pengalaman yang sedia ada pada diri setiap fasilitator. Sekian terima kasih.