SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH ( SEKAWAH III )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

           Baru-baru ini Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan Program Sekawah III yang berlangsung pada 29 September 2013 iaitu hari Ahad dan bertempat di Padang Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Program ini diadakan bagi mewujudkan ukhwah yang erat dan teguh di antara ahli lama dan ahli baru dalam Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Tambahan pula, program  tersebut merupakan program pertama bagi sesi kali ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Selain itu, ia juga dapat melatih  secara praktikal dalam melaksanakan tugas secara kerjasama dalam berpasukan serta mendekatkan mereka kepada program kemasyarakatan. Malah, turut menjalinkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang baik dan kukuh antara  ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB).

           Program bermula pada pukul 8 pagi  hingga 1 tengah hari. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8 hingga 8.15 pagi. Alhamdulilah ramai ahli keFB yang hadir untuk memeriahkan lagi program ini.







           Terdapat pelbagai aktiviti telah kami jalankan sepanjang program tersebut. Semua peserta yang datang dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang. Aktiviti tersebut lebih kepada aktiviti sukan rakyat atau lebih dikenali sukan tradisional. Antara aktivitinya adalah mencipta layang-layang, memancing botol yang berisi air, menyumpit ke belon dan menuju tin. Semua dapat memberi kerjasama dan semangat dalam membuat semua aktiviti malah Cik Najidah juga turut bermain bersama-sama ahli-ahli KeFB. 

i) Mencipta layang-layang






ii) Memancing Botol






iii) Menyumpit belon






iv) Menuju tin







            Semua aktiviti telah tamat pada pukul 12.15. Kemudian, majlis penutup dirasmikan oleh penasihat KeFB iaitu Cik Najidah dan sedikit ucapan daripada pengarah program saudari Nurul Zahira. Selain itu, setiap kumpulan mendapat hadiah atas komitmen yang diberikan antaranya kumpulan paling comel, kumpulan berwawasan dan lain-lain. 





           Alhamdulilah program telah tamat pada 1.00 tengah hari. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga akan makin meriah pada program-program akan datang. 




"Bergerak seiring menyahut cabaran"





No comments:

Post a Comment