PESB III MADRASAH IDRISIAH BUKIT CANDAN :)

PESB III MADRASAH IDRISIAH BUKIT CANDAN :)

Alhamdulillah pada 11-12 Mei, program Peribadi Unggul Tunjang Kepimpinan telah berjaya dijalankan dengan melibatkan 9 orang fasi. Abg man,abg wan, abg mus, akk noora, akk shya, akk nurul, akk famie, akk tika, dan akk khamilah adalah fasi yang telah turut serta dalam program ini. Seperti sedia maklum, program ini telah dilakukan selama dua hari, iaitu kami telah sampai pada hari Sabtu (11 Mei) dan terus menjalankan program. Program ini diadakan di Kem Salak North (kem ini adalah kepunyaan madrasah ini sendiri) besttt sgt di kem ini. Layanan guru-guru di sini juga baik :). Kami selesa bekerjasama dengan mereka.

Program ini telah melibatkan seramai 40 orag peserta (adik-adik yang comel) daripada tingkatan dua, iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan antaranya ialah ice breaking, engineer buruk, senjata apakah itu, ekplorasi pulau, yakin atau ragu-ragu, rakit hanyut , hembusan kasih dan hajratul aswad. Kami juga melakukan nyanyian lagu tema, iaitu 'Menjadi Diriku' sebagai penyuntik semangat adik-adik.

Pada hari pertama, kami telah melakukan empat aktiviti (pagi sampai petang). selepas tamat eksplorasi, kami telah diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, iaitu aktiviti kayak (fasi-fasi yang bersemangat nk main hehehe). Kami telah bermain bersam-sama adik-adik selama satu jam untuk aktiviti kayak (adik-adik lagi hebat daripada akak2 fasi rupenya). Aktiviti seterusnya dilaukan pada waktu malam.

Pada hari kedua kami telah menjalankan sedikit senaman dan sati modul iaitu hajaratul asuad. Setelah tamat, kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong untuk persiapan majlis penutupan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh pengetua Madrasah Idrisiah En Khairul Anwar El Syazali Bin Musa  . Penasihat kelab, Cik Najidah turut sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Tamat majlis penutupan, kami telah disajikan dengan ikan bakar..:) nyum nyum....sedap sangat (siap bungkus bawa balik)...kami juga sempat bergambar bersama adik-adik sebagai kenang- kenangan, Semoga kami masih diberi kesempatan untuk bersama-sama pelajar Madrasah Idrisiah.

















No comments:

Post a Comment